Kehadiran pelakon dan pengacara, Mira Filzah ke Konsert Blackpink baru-baru ini antara yang menjadi tumpuan warganet. Mira Filzah terkenal dengan jolokan Jisoo Malaysia selain aktres itu sendiri sangat meminati kumpulan tersebut.
Namun terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan kehadiran Mira sehingga ada yang meletakkan isu ‘double standard’ dan melabelnya sebagai tidak sedar diri gara-gara hadir ke konsert berkenaan.
“Dah jadi isteri dan mak orang bukan masanya pergi tempat-tempat begini (konsert) dah Mira. “Neelofa dan Heliza Helmi kena tarik Mira Filzah masuk usrah lepas ni. “Akhir zaman ceramah diharamkan, konsert beria nak pergi,” komen netizen.
Sementara itu, terdapat segelintir pengikut yang tampil mempertahankan Mira kerana menganggap ia hanyalah sekadar hiburan dan tidak perlu diperbesarkan. Meskipun pelbagai tanggapan diberikan terhadapnya, aktres itu sempat berkongsi di laman Insta Story (IGS) miliknya memberitahu dia hadir sedikit lewat ke konsert berkenaan selepas Maghrib memandangkan konsert bermula pada jam 8 malam.
Selain Mira Filzah, antara barisan selebriti tempatan yang hadir pada konsert berkenaan adalah, Ayda Jebat, Nadiyah Shahab, Haqiem Rusli, Azfar heri dan ramai lagi. Dan difahamkan konsert tersebut juga mencapai keuntungan besar sehingga mencecah $9 juta Dollar bersamaan RM40,284,000. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|