CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof Tak Nak Komen Punca Enggan Ceraikan Puteri Sarah, Hanya Tunjuk Isyarat Peace Dan Allah Yang Satu

7-3-2023 01:06 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 13032| Komen: 144|Original author: Saiful

Syamsul Yusof mengunci mulut, langsung tak nak komen punca enggan ceraikan Puteri Sarah Liyana.

Selepas tamatnya prosiding, Syamsul terus meluru keluar menuju ke lif bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.


Dia hanya menggelengkan kepala apabila ditanya sebab tidak menceraikan isterinya dan dakwaan memukul Sarah.

Malah, ketika beredar, pelakon filem Munafik itu hanya menunjukkan isyarat tangan jari ‘peace’ dan ‘Allah Yang Satu’.

Foto: XTRA

Sementara itu, Roshdan ketika berhujah di mahkamah berkata, setakat ini pengarah itu tidak mahu menceraikan Sarah kerana menyifatkan masih ada sinar untuk memperbaiki hubungan perkahwinan mereka

“Masih ada sinar untuk pasangan ini… pihak kami tidak setuju pelantikan hakam untuk kes perceraian ini,” katanya seperti dipetik melalui XTRA.

Terdahulu Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.


Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sebelum ini pada 16 Januari lalu Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Terdahulu Sarah nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal tahun ini.

Untuk rekod Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Summayah. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 7-3-2023 01:21 PM
Mai dah geng angkat jari telunjuk....
Quote SherryZass 7-3-2023 01:26 PM
Tunjuk peace tu nak kata dia geng bini dua lettew? yela presiden kan, kena tunjuk contoh kat AJK yg lain
Quote bulanbulat 7-3-2023 01:35 PM
Tunjuk satu tu bini no 1 kot. Peace bini no 2
Quote Nham22 7-3-2023 01:35 PM
Bodoh la sol... Die buat peace simbol 2 than tambah 1 total nak isteri 3 org
Quote airmineral 7-3-2023 01:38 PM
memalukan org laki la dia ni
harap sumayyah tu xdpt la suami mcm bapak dia ni
Quote matjerk 7-3-2023 01:46 PM
Edited by matjerk at 7-3-2023 01:48 PM

Cuma nak ckp laaa... Sarah kelihatan ceria je dia.. adakah dia happy Sol tidak mahu ceraikan lagi?  Aku rasa.. Sarah ni masih ada sekuman harapan utk bersama semula.. ye lah.. dpt mak pak mertua yg baik.... dia pun ada ckp kan... masa dia kat spital mesti dia harap Sol dtg jenguk... tp Sol langsung x jenguk dia.. klu Sol ni masih syg dia... tak nak lepaskan dia sbb masih syg dia.. mesti Sol akan jatuhkan ego n jenguk dia kat spital...
So aku rasa Sol ni dia x mau lps Sarah sbb takut Sarah tuntut harta kaw2..
X pyh lah Sarah... Sol tu x kisahkan ko langsung.. setahun x jumpa bini.. sibok sgt ke...? Sebok menyantuni puki anak Kazar?
[ig]https://www.instagram.com/reel/CpeQQcFjBmV/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]


Quote awex^returns 7-3-2023 01:47 PM
dia saja lewat² kan sebab nak menyusahkan PS
atau dia takut filem dia flop sebab ramai netizen bagi sokongan kat PS
dasar jantan poyo
tu lah kawen lagi ngan keluarga rempit
kan otak sempit

IK jangan pi bunuh diri pulak Soley Soley cakap masih ada sinar
nampak PS masih ada dalam hati Soley walaupun hari² mengulit Faghiroh oink oink
Quote Tembikaigoreng 7-3-2023 01:49 PM
Tada telo.... Munapik
Quote JalaEmas 7-3-2023 01:49 PM
matjerk replied at 7-3-2023 01:46 PM
Cuma nak ckp laaa... Sarah kelihatan ceria je dia.. adakah dia happy Sol tidak mahu ceraikan lagi?   ...

Kannn...abis sarah tuntut..licins la untung mat kilau rituu..itu yg takmo lepas tu..ntah pape je sol ni..
Quote matjerk 7-3-2023 01:52 PM
awex^returns replied at 7-3-2023 01:47 PM
dia saja lewat² kan sebab nak menyusahkan PS
atau dia takut filem dia flop sebab ramai netizen bagi ...

Ye.. aku harap PSL tak lembek & perasan istimewa sbb Sol masih x mau ceraikan dia... No, dia tak nak ceraikan u bukan sbb dia sayang u... lelaki narcisist ni.. mmg mcm ni... dia x nak lepaskan u... demi kepentingan diri dia jer.. bukan u... sbb pertama dia takut PSL tuntut harta dia kaw2... kedua sbb dia takut filem dia flop..
Klu dia sygkan ko... dia dh pujuk kau dah... masa kau sakit kat spital... ada dia jenguk kau? Dia sebok membelai body Ira Kazar.
Quote MissVixen 7-3-2023 01:52 PM
Takde balasan ye untuk jantan yang main2 macam ni? Sinar la. Berdamai kembali la. Padehal jumpa dan bercakap dengan bini pun tak. Dia main-mainkan je bini, hakim, mertua. Tapi takde balasan pon untuk setan dan penyondol
Quote Chah21 7-3-2023 01:55 PM
matjerk replied at 7-3-2023 01:46 PM
Cuma nak ckp laaa... Sarah kelihatan ceria je dia.. adakah dia happy Sol tidak mahu ceraikan lagi?   ...

Dia xnk tunjuk lemah depan soley tu.. mungkin rasa malu bertahun tahun mnangis xnk kehilangan suami
Quote ayukpingu 7-3-2023 02:10 PM
ada sinar konon...
effort langsung takde nak bagi sinar dlm rumahtangga kau sendiri.
poodahhh...



Quote opie5662 7-3-2023 02:18 PM
matjerk:  Edited by matjerk at 7-3-2023 ...


Penat dah nangis. Pompuan kalau die dah tak sedih.... Die dah x koser dah nyahhh
Quote matjerk 7-3-2023 02:31 PM
Chah21 replied at 7-3-2023 01:55 PM
Dia xnk tunjuk lemah depan soley tu.. mungkin rasa malu bertahun tahun mnangis xnk kehilangan suam ...

Make sense jugak
Quote MisXoXo 7-3-2023 04:01 PM
Aku rasa kalau sol dtg ke dia..peluk dia..masa meronta2 tak nak tu..peluk lg kuat2 mesti sarah akan kembali ke laki dia..sol akuilah  kesilapan dn aku rasa blh ja settle..tp bab dia xnk komen kt press aku setuju..diam ajalah sol..ko bergasak jy mahkamah ajalah ..
Quote shida81 7-3-2023 04:10 PM
X rase pun sol ni sygkan Sarah lgi.. Sama ada dia pikrkan anak2 and mak bapak je
Quote cahaya_almas 7-3-2023 04:43 PM
Masih syg tp ego...atau ego tinggi n saje nk sktkan ati ps....itu je sbbnya i rasa...huhu
Quote bynroslan 7-3-2023 05:17 PM
sinar fm je yg ada aku tengok

Lihat semua komen(144)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.108456 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top