CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cico Dah Boleh Menyanyi, Tak Boleh Push Takut Tambah Sakit

7-3-2023 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4425| Komen: 23

Penyanyi popular era 70-an, Uji Rashid melahirkan perasaan syukur apabila keadaan kesihatan anaknya, Cico bertambah baik berbanding dulu. 

Ia berdasarkan kemampuan Cico yang menyanyi pada program Meet & Greet Bersama Uji Rashid yang berlangsung di Scottage Cafe, Wangsa Melawati pada Sabtu lalu.



Dalam program itu, Cico menyanyikan lagu Getaran Jiwa nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai menyahut pelawaan penyanyi Alina Hassan serta pasangan suami isteri Royce Saayan dan Md Noor Hendrix. 

Uji berkata, dia gembira bercampur terharu kerana itulah kali pertama Cico menyanyi di khalayak ramai selepas lima tahun berdepan masalah kesihatan.

"Sebelum ini dia cuba menyanyi dah banyak kali. Dia cuba kat biliknya dan dia kata masih rasa sakit lagi.

"Tapi Sabtu itu datang keyakinan itu. Ramai yang cabar. Saya dah cakap dengan dia, selalu beritahu nak kerja. Kalau tak berani cuba, macamana?




"Agaknya...dia rasa inilah masanya dia kena cuba. Saya takut juga kalau dia rasa sakit," katanya kepada Harian Metro.

Uji turut berterima kasih kepada Royce Saayan dan Md Noor Hendrix yang bagi peransang kepada Cico dan memilih lagu yang tidak terlalu tinggi untuk Cico. 

"Alhamdullillah...jika ada tawaran menyanyi untuknya, kenalah berbincang dengan saya dulu. 

"Tak boleh 'push' atau orang tak boleh 'expect' dia macam dululah," katanya. 

Terdahulu Cico atau nama sebenarnya Cico Harahap, 45, dikesan berdepan masalah kesihatan penghujung tahun 2016.

Selain rawatan hospital, Uji turut membawa Cico menjalani rawatan perubatan Islam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 7-3-2023 01:03 PM
kesian tengok... cepat2 la sihat ya cico..
Quote beautifulorchid 7-3-2023 02:00 PM
menyampah dgn uji rashid..
jgn kecam aku plsss
Quote taji2906 7-3-2023 02:06 PM
sampai ke sudah tak tau apa diagnose sakit cico ni
Quote azimodin 7-3-2023 02:07 PM
Satu je nak cakap.. hidup ni kena pandai jaga diri, xkan nak nak biar parents support kita sampai tua
Quote poppybee 7-3-2023 02:22 PM
masih confused dgn penyakit dia..
Quote marchikobonzo 7-3-2023 02:58 PM
Kalau tak sebab dadih, mendonia dia ni dulu
Quote kechikchomel 7-3-2023 03:05 PM
marchikobonzo replied at 7-3-2023 02:58 PM
Kalau tak sebab dadih, mendonia dia ni dulu

kan???
rupa pun ok lah, herlokkss la jugak. anak pun comel.
Quote rosevelvet 7-3-2023 04:04 PM
beautifulorchid replied at 7-3-2023 02:00 PM
menyampah dgn uji rashid..
jgn kecam aku plsss

Aku pun. Semua salah anak org. Anak dia terpaling teraniaya.
Quote 3chanceno 7-3-2023 04:55 PM
Dulu2 cico nie penyanyi ke? Masih samar2 penyakit yg dialami oleh cico nie
Quote mamastoney 7-3-2023 05:13 PM
Bukan ke dia overdose dadah? Paatu nek Uji ni blame kengkawan si anaknya, kengkonon anaknya dianiaya  mereka.
Quote namieamuro 7-3-2023 05:33 PM
ape sumber pendapatan nek uji skrg? syg. dedua name besar dlm industri. dah tua2 ptt bole jd tai tai dah. ipah pukpuk yg die hina dlu pn dah jauh ke dpn. nk hrp kan cico dpt job nyanyi jenuh juge dgn saingan penyanyi2 lain.

good luck nek uji.
Quote rayray28 7-3-2023 05:39 PM
taji2906 replied at 7-3-2023 02:06 PM
sampai ke sudah tak tau apa diagnose sakit cico ni

Bkn ke berkait dgn drugs? Cuma x mengaku secara terang terangan je maknya ni
Quote marchikobonzo 8-3-2023 09:06 AM
kechikchomel replied at 7-3-2023 07:05 AM
kan???
rupa pun ok lah, herlokkss la jugak. anak pun comel.

Hot stuff sangat la masa puteri impian tu..sayang sangat
Quote KamikuP 8-3-2023 09:20 AM
Nek uji ingat dia masih dlm era kegemilangan 70an kah.. masa dah berlalu yaach
Quote theotherfriend 14-3-2023 12:18 AM
Iols ingat2 lupa baca dalam pancaindera Mingguan Malaysia dedulu ayahnya kata dadih. Kalau betul, janganlah in denial.
Herlok Cico ni dulu. Budi bahasa pun baik. Kalau jadi dengan Ipah, dah jadi Datin Cico
Quote dudaberhias 14-3-2023 12:23 AM
mamastoney replied at 7-3-2023 05:13 PM
Bukan ke dia overdose dadah? Paatu nek Uji ni blame kengkawan si anaknya, kengkonon anaknya dianiaya ...

Overdose dadah dan otak masih belum boleh fikir lurus lagi kot.
Tengok vid nyanyi tu pun macam budak tadika baru belajar menyanyi atau jumpa mic.

Rhoper ala2 kacip gitu orang kata.
Quote caramello 14-3-2023 01:08 AM
theotherfriend replied at 14-3-2023 12:18 AM
Iols ingat2 lupa baca dalam pancaindera Mingguan Malaysia dedulu ayahnya kata dadih. Kalau betul, ja ...

Kann..mak dia jgk yg blh tumpang senang..
Quote theotherfriend 14-3-2023 07:01 PM
caramello replied at 14-3-2023 01:08 AM
Kann..mak dia jgk yg blh tumpang senang..

Itu lah....
haishhhh.... tolak tuah
Quote lovelytouch 14-3-2023 07:10 PM
Nek uji tak boleh menyanyi dah yaccch suara bisik2 haus jah. Teringat masa AJL lagu Terukir Di Bintang yuna nak nek uji ganti dia tapi tv3 tolak sbb sah2 tak boleh dgr dah butir2 apa dia nyanyi. Ni based on akaq punya pengalamn melihat beliau live yang hausss tp aura dia as artist agak kuat kalau reti jaga imej & suara mesti boleh ganti tempat tokpah sbb tak ada dah penyanyi legend sezaman tokpah skrg.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.149789 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top