CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fara Mendoza Mengaku Buat Hidung, Bibir - "Biarlah Saya Punya Duit"

7-3-2023 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9933| Komen: 65

Enggan hipokrit terhadap pengikutnya di media sosial, Fara Mendoza tidak menafikan pernah menjalani prosedur kecantikan pada bahagian wajah.

Pelakon, model dan pempengaruh media sosial, yang sinonim disapa FM berkata, dia memilih untuk bersikap terbuka terutamanya di dalam hal yang berkaitan dengan kecantikan.



IG

“Saya tak mahu jadi ‘fake’. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial.

“Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya. Biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung (Rhinoplasty), bibir apa semua.

“Lagi pula saya memang seorang yang suka berkongsi. Kalau orang tanya saya akan cakap benda yang betul. Lebih bersikap terbuka untuk berbuat demikian.

“Saya beginilah… Kalau tak suka, saya akan cakap tak suka dan begitu juga sebaliknya,” katanya kepada MH.


Fara berkata demikian ketika ditemui di majlis A Night With Rozita Che Wan, di Glam Hall Damansara, pada Jumaat.

Sebagai wanita bekerjaya yang sering bertemu dengan ramai orang, Fara tidak menafikan penampilan meyakinkan menjadi keutamaan.

“Saya tak dapat nak anggarkan berapa kos rawatan kosmetik yang saya lakukan, cuma itulah kita sentiasa rasa nak cantik. Yang pasti setiap bulan saya memang sediakan peruntukan untuk penjagaan diri.

“Bagi saya kecantikan itu penting. Kita cantik bukanlah untuk nak dapatkan perhatian lelaki tapi adalah untuk kepuasan diri. Setelah kita penat berkerja, apa salahnya untuk kita manjakan diri sendiri pula.

“Tak kisahlah orang kata kalau dulu lain, ini memang diri saya,” katanya yang turut mengaku pernah melakukan rawatan mengecilkan rahang juga.

Dalam pada itu, Fara menjelaskan diri masih lagi aktif dalam dunia lakonan, namun lebih selektif susulan komitmennya terhadap perniagaan losyen pencerah yang diusahakan.

“Saya masih lagi berlakon sebenarnya. Kadang-kadang kalau rasa rindu nak berlakon barulah saya ambil tawaran. Tak adalah saya berhenti terus, cuma sekarang fokus itu lebih kepada bisnes produk sendiri, Awas.

“Malah saya baru sahaja selesai jalani penggambaran drama berjudul Topeng. Setakat ini mana tawaran yang saya rasa mampu untuk beri komitmen saya akan terima.

“Selebihnya saya ambil tawaran untuk buat riviu promosi di media sosial,” katanya lagi.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yatie86 7-3-2023 10:36 AM
Buat pn ttp xcntik
Quote SherryZass 7-3-2023 10:39 AM
buruk nyah.. dah overdo tak boleh nak patah balik chuolls.
Quote Dzahin_poch 7-3-2023 10:41 AM
Makin buruk adalah bukan makin cantik. Sayang Allah dah cipta sempurna pg ubah2…
Quote slyfynx 7-3-2023 10:41 AM
Duhh.
Obvious sgt dah kot
Quote ayukpingu 7-3-2023 10:42 AM
repair sana sini tetap nampak buruk. yihhh
Quote sapeka 7-3-2023 11:02 AM
Tapi masalahnya
Hasil kelaut dalam
Quote margo20 7-3-2023 11:03 AM
Yela kau sakit esok jgn mntk duit org pulak
Quote Cpkay 7-3-2023 11:33 AM
lama lama bibir tu dah boleh bersentuh dengan dagu...
Quote ariellin 7-3-2023 11:36 AM
dah operet tp tetap jugk pakai filter dan tetap tak cantik
Quote babelina 7-3-2023 11:56 AM
apa la rupa sebenar ko nie mendoza.. filter bertan2.. berkilo2..
Quote cmf_PariS 7-3-2023 12:02 PM
siapa dia ni?
Quote mawarkhayalan99 7-3-2023 12:14 PM
tetap burrr n kepammm
Quote vanillaninja 7-3-2023 12:18 PM
Sheols buat makin buruk, instead of jadi makin cantik. Dengan rambut purple sheols, baju rempit PPR. Buat la macam mana pun, tetap nampak trashy.
Quote noor2 7-3-2023 12:20 PM
Bila hidup bertuhankan masyarakat @ manusia...semua benda untuk masyarakat tengok @ puji...kesian sb hasilnya sgt x ok...lawala bertiang2 org yg x alter muka lagi...
Quote sayurmayur88 7-3-2023 12:20 PM
kat gamba atas muka nampak lain, sebb makeup plus filter ke ?
Quote Jennyrol 7-3-2023 12:24 PM
Dah reno sana sini . Tetap filter yah.. buruk
Quote cikatilia 7-3-2023 12:27 PM
muka mcm pondan lorong sudah..
Quote putriTS 7-3-2023 12:28 PM
Tak mahu jadi fake..tapi muka dia tu la terpaling fake. Dah muka fake pun, still lagi relying on filter ke? Muka kat IG orang lain dah macam nenek2 dah.
Quote Riz_one 7-3-2023 12:32 PM
dok rasa cantik tak dak dh latuu...puiii

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.046926 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top