CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Natasha Hudson Teringin Anak Dengan Suami Kelima, Tak Boleh Tunggu Lama Sebab Dah Tua Tapi Nak Stabilkan Kewangan Dulu

7-3-2023 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9277| Komen: 46

Memasuki usia 41 tahun, Natasha Hudson tringin untuk mempunyai zuriat hasil perkongsian hidup bersama suami ke­limanya.

Menikahi Muhammad Harits Jasmin atau Jay Jasmin sejak setahun lalu, Natasha dan suaminya bagaimanapun tidak terlalu terdesak untuk dikurniakan anak.


Menurut Natasha, mereka hanya berserah kepada Allah jika dikurniakan rezeki suatu hari nanti.

Foto: IG

Katanya, dia dan suami pernah berbincang untuk memiliki zuriat bersama, namun memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu.

“Selepas setahun mendirikan rumah tangga, sudah tentu kami inginkan cahaya mata. Kami pun pernah berbincang tentang perkara ini (zuriat).

“Saya selalu usik suami tentangnya (untuk memiliki anak), namun kami kena stabilkan dahulu keluarga, punca rezeki dan anak-anak (hasil perkahwinan terdahulu),” kata Natasha kepada Kosmo!.




Ujar selebriti berdarah Melayu-Australia itu lagi, walaupun mempunyai keinginan untuk menambah bilangan zuriat, namun dia tidak boleh menunggu terlalu lama disebabkan faktor usia.

“Kalau mahu miliki zuriat pun, insya-Allah untuk tahun seterusnya (tahun hadapan). Tapi saya pun tidak boleh menunggu lama sebab faktor usia,” katanya.

Ketika disoal tentang pe­rasaan suami, aktres filem Chermin itu berkata, Jay sebenarnya tidak kisah jika perkahwinan mereka tidak dihadirkan dengan cahaya mata, memandangkan sudah pun memiliki tiga orang anak tiri.



“Suami kata dia tidak kisah. Kalau tidak ada, pun tak mengapa. Tapi kalau ada dia okay. Sebab bila saya cakap nak (anak), sudah tentu dia suka.

“Bagi suami, kehadiran tiga orang anak ‘ekspres’ (tiri) sudah cukup menggembirakan hatinya. Dia sangat senang dengan kehadiran anak-anak saya. Tapi saya tahu dia inginkan anak sendiri juga,” jelasnya.

Natasha yang ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di Hotel St. Regis itu mengakui sangat bahagia dan tenang dengan perkahwinan kali ini.




“Alhamdulillah ada seseorang yang boleh faham diri saya dan kami boleh berbual seperti seorang rakan. Apa yang penting, keluarganya boleh menerima kehadiran saya,” kata Natasha.

Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga bersama Jay Jasmin pada 28 Mac tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Se­langor. Dalam satu kenyataannya, Natasha berharap perkahwinan kali kelimanya itu tidak disensasikan pihak media. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 7-3-2023 10:51 AM
5 kali kau kahwin? untungnyahhhh merasa 5 kali kahwin
Quote vanillaninja 7-3-2023 11:01 AM
Wah laku keras sheols.
Quote margo20 7-3-2023 11:02 AM
Fuyohh mantop
Quote prettyuglybabe 7-3-2023 11:11 AM
laki lagi ramai dari anak
Quote Cpkay 7-3-2023 11:21 AM

hahahah... win sungguh statement you..
Quote prince_marhaen 7-3-2023 11:31 AM
5 saiz dapat rasa yer... hehehe..daripada kelubung terus bukak habis....
Quote Carcosa 7-3-2023 11:32 AM
Dah tua, tp pemikiran mcm BBNU
Quote caramello 7-3-2023 11:35 AM
Best jgk ek ada ank2 yg berlainan bapak ni..mcm2 acuan ade..x la muka sepesen je smua nanti..
Quote helicornia 7-3-2023 11:52 AM
maknanya tk berduit le teww
laki skrg pun adoyai..serabut sungguh
Quote Ahriman 7-3-2023 11:55 AM
Idola fiza halim..hehehe
Quote nad014 7-3-2023 12:19 PM
helicornia replied at 7-3-2023 11:52 AM
maknanya tk berduit le teww
laki skrg pun adoyai..serabut sungguh

soulmate dia , bestfriend dia kan.itu yang dia klaim
lagi 1 dia virgo mayb partner dia taurus
Quote mamajawie 7-3-2023 12:27 PM
dari kelubung sampai free hair terus
Quote makcun14 7-3-2023 01:09 PM
masa mula nikah dulu show off sangat dapat pindah ke cherating. kemain kutuk KL kata bising la, kotor la , serabut la.
last last modelling job baju raya kat KL jugak.
Quote kotakominami 7-3-2023 01:19 PM
Makin zuhud ye idop dia.....
Quote Piramida 7-3-2023 01:19 PM
Moga2 Jah Bungkus tidak begini jln kehidupan nya.
Quote likilu 7-3-2023 01:19 PM
Dah macam xila buat nose piercing
Quote nakkomenjugak 7-3-2023 01:43 PM
apa rasanya merasa 5 wood?
orang lawaaaaa rezeki melimpah boleh buat trofi gitchewwww
Quote she 7-3-2023 01:47 PM
prettyuglybabe replied at 7-3-2023 11:11 AM
laki lagi ramai dari anak

Hahahahahaha

Ni maleh baca forum masa lunch
Nak makan asyik nak tergelak
Quote sharlenetexas 7-3-2023 04:24 PM
Anak2 bukan dia jaga pun.


Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.046932 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top