CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat Tiket Percuma, Ramai Tak Puas Hati Ayda Jebat Dapat Kerusi VIP Tengok Konsert Blackpink!

7-3-2023 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6630| Komen: 34

Ayda Jebat tampil mempertahankan diri selepas segelintir netizen menuduh dia bersikap hanya ‘menunggu’ tiket percuma untuk pergi konsert kumpulan K-pop popular, Blackpink baru-baru ini tanpa membelinya menggunakan wang sendiri.


Jelas Ayda, 32, sepatutnya dia datang ke konsert tersebut menggunakan tiket yang dibeli oleh suaminya, Nabil Mahir hujung tahun lalu sempena hadiah hari lahir awal untuknya.

Bagaimanapun pada saat-saat akhir, umpama bulan jatuh ke riba, Ayda menerima tiket percuma di bahagian VIP daripada aplikasi e-Wallet, Boost.

Foto: IG

Namun penyanyi lagu Pencuri Hati itu tidak dapat mendedahkah alasan mengapa dia menerima hadiah istimewa tersebut, tetapi dipercayai ada kaitan dengan jalinan kerjasama bersama Boost tidak lama lagi.

“Kepada yang kata saya tunggu tiket percuma baru pergi! Aduh, suami saya belikan dah lama awak. Berusaha Nabil beli duduk depan laptop macam kalian.


“Kerusi bahagian VIP dah habis, dapat di kerusi CAT 1. Pun dah gembira! Hadiah hari lahir saya,” ceritanya.



Sambung Ayda, beberapa hari lalu sebelum konsert berlangsung, dia terkejut apabila menerima hadiah berupa tiket kerusi di bahagian VIP daripada Boost.

“Boost bagi hadiah kepada saya kerusi VIP. Sebab… okey ini nanti akan diumumkan. Tapi rezeki! Alhamdulillah,” katanya ringkas.

Disebabkan itu kata Ayda, tiket miliknya yang dibeli oleh Nabil dihadiahkan kepada kakak ipar dan anak buahnya.


Dalam perkongsian InstaStory bagi menjelaskan keadaan tersebut, Ayda turut memuat naik tangkap layar sebuah portal menulis tentang tiket konsert Blackpink yang dibeli Nabil pada November tahun lalu.

Menerusi laporan tersebut, Ayda teruja menerima hadiah hari lahir awal daripada suami tercinta memandangkan selama ini dia tidak pernah menghadiri sebarang penganjuran konsert.


Sejak semalam, hangat dalam gelanggang Twitter selepas terdapat segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan kehadiran beberapa artis tempatan ke konsert Blackpink menggunakan tiket percuma.

Selain Ayda, ramai selebriti tempatan lain tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert gah kumpulan popular itu antaranya Mira Filzah, Puteri Aishah, Azira Shafinaz dan Mimi Lana.



Konsert Blackpink yang berlangsung pada Sabtu lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil mengumpulkan seramai lebih 60,000 peminat menjadikan jumlah paling ramai sepanjang jelajah dunia kumpulan itu, Born Pink.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 7-3-2023 10:49 AM
aku xpaham org yg kena tulis yg single jgn marah utk gambar sweet depa.
mmg yakin ke ada yg cemburu kan life korg??

tiberr aku emo
Quote prince_marhaen 7-3-2023 11:33 AM
ape siak daddy bil sana daddy bil sini... macam anak tu panggil pak sedara or kawan-kawan mak pak depa pulak....
Quote MistrezHermanaz 7-3-2023 11:36 AM
cikatilia replied at 7-3-2023 10:49 AM
aku xpaham org yg kena tulis yg single jgn marah utk gambar sweet depa.
mmg yakin ke ada yg cemburu  ...

poyo much...nk kene kecam lagi ke..org x habis bitter dgn ko dek psl menang masked singer..bodonye caption
Quote slyfynx 7-3-2023 11:55 AM
So pasni, semua suh anak2 jadi retis.
Sng jual produk
Sng jadi duta
X yah belajar tinggi
Penat je belajar ni.
Org ingat time krisis je.
Quote heythere123 7-3-2023 11:59 AM
MistrezHermanaz replied at 7-3-2023 11:36 AM
poyo much...nk kene kecam lagi ke..org x habis bitter dgn ko dek psl menang masked singer..bodonye ...

padan muka sheols, kemenangan yang tidak direstui kekdahnye

Quote izat123 7-3-2023 12:10 PM
slyfynx replied at 7-3-2023 11:55 AM
So pasni, semua suh anak2 jadi retis.
Sng jual produk
Sng jadi duta

Artis pun time krisis diorang lah nombor satu paling susah takde job minta bantuan sedekah orang ramai lol. Dah habis pandemik macam biasa bermewah mewah balik vip sana sini. Siapa lah ajar masyarakat angkat artis ni haha.
Quote esbok 7-3-2023 12:18 PM
cikatilia replied at 7-3-2023 10:49 AM
aku xpaham org yg kena tulis yg single jgn marah utk gambar sweet depa.
mmg yakin ke ada yg cemburu  ...

Single life orang yang dah kawin ni agaknya tak sesweet mcm single life orang lain, maka dia assume married life terpaling sweet, walau dia tak tahu ada orang punya single life dah tahap sweet urine .
Quote prettyuglybabe 7-3-2023 01:25 PM
MistrezHermanaz replied at 7-3-2023 11:36 AM
poyo much...nk kene kecam lagi ke..org x habis bitter dgn ko dek psl menang masked singer..bodonye ...

kenapa orang bitter dia menang masked singer?
i tertinggal part ni..
Quote MistrezHermanaz 7-3-2023 01:49 PM
prettyuglybabe replied at 7-3-2023 01:25 PM
kenapa orang bitter dia menang masked singer?
i tertinggal part ni..

sbb dia miming every week, ramai teka asmidar sbb mostly suara dia mmg mcm asmidar, even clue2 menjurus ke arah dia, org still teka org lain dlm mask tu bkn dia..jd bila dia nyanyi live lepas menang br la suara dia sebenar keluar..gittewww
Quote prettyuglybabe 7-3-2023 01:59 PM
MistrezHermanaz replied at 7-3-2023 01:49 PM
sbb dia miming every week, ramai teka asmidar sbb mostly suara dia mmg mcm asmidar, even clue2 men ...

bukan semua penyanyi memang miming ek?
kat mana thread masked singer nak baca?
tapi boring tahun ni semua juri dapat teka..
Quote MistrezHermanaz 7-3-2023 02:13 PM
prettyuglybabe replied at 7-3-2023 01:59 PM
bukan semua penyanyi memang miming ek?
kat mana thread masked singer nak baca?
tapi boring t ...

x pasti pulak sbb ada ckp dlm benang mask singer tu katanya diorg diberi pilihan nk nyanyi live ke nk record..miming kalau suara dia xpe,masalahnya suara dia byk auto tune, dh jd bukan suara dia..baca sini chuols

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5125734
Quote chikumanis 7-3-2023 02:19 PM
prince_marhaen replied at 7-3-2023 11:33 AM
ape siak daddy bil sana daddy bil sini... macam anak tu panggil pak sedara or kawan-kawan mak pak de ...

me dari first dia dedahkan anak dia lagi, me dah macam éh..anak sendiri kena panggil  macam tu ke? macam panggil uncle aunty je. gaya macam bukan anak kandung je. anak buah  bolehla guna nama macam fefeling omputih'

haaaaa...gitu sekali me berdefinasi sendiri
Quote prettyuglybabe 7-3-2023 02:20 PM
MistrezHermanaz replied at 7-3-2023 02:13 PM
x pasti pulak sbb ada ckp dlm benang mask singer tu katanya diorg diberi pilihan nk nyanyi live ke  ...

oo.. i ingatkan memang dorang tak boleh tunjuk suara sendiri so juri susah nak teka..baru tau dorang memang kena ikut style nyanyi and suara sendiri..

Quote chikumanis 7-3-2023 02:21 PM
MistrezHermanaz replied at 7-3-2023 11:36 AM
poyo much...nk kene kecam lagi ke..org x habis bitter dgn ko dek psl menang masked singer..bodonye ...

tak pernah tengok pun masked singer ni dari memula dolu
sbb for me, if msia nak tiru style luar, me tak tengok sbb tak originalssssssssssssssssssssssssssssssss
Quote MistrezHermanaz 7-3-2023 02:22 PM
prettyuglybabe replied at 7-3-2023 02:20 PM
oo.. i ingatkan memang dorang tak boleh tunjuk suara sendiri so juri susah nak teka..baru tau dora ...

yg musim2 lepas awal2 mmg x dgr mcm suara sendiri tp hujung2 br la dgr suara diorg, masalahnya ayda ni dr awal sampai abes auto tune kuat sgt, x dgr mcm suara dia sendiri..yg hebat2 pulak tersingkir awal..tu org bitter..sbb juri dh tau tu dia tp still nk menangkan dia, puji yg lain2 bagai nk rak,tp tehtap kene singkir, gitulaaa
Quote chikumanis 7-3-2023 02:22 PM
MistrezHermanaz replied at 7-3-2023 02:13 PM
x pasti pulak sbb ada ckp dlm benang mask singer tu katanya diorg diberi pilihan nk nyanyi live ke  ...

tu yg abam jul sendiri tak boleh nak teka eak? dengar kat radio bab juri tu
Quote prettyuglybabe 7-3-2023 02:26 PM
MistrezHermanaz replied at 7-3-2023 02:22 PM
yg musim2 lepas awal2 mmg x dgr mcm suara sendiri tp hujung2 br la dgr suara diorg, masalahnya ayd ...

oh.. i tak tengok season ni.. hihihi..tengok final dengar dia nyanyi titanium memang mehhh..
pilih lagu melayu je sudah..
Quote lotusteratai 7-3-2023 02:34 PM
blink pun dengki dgn sesama blink ke?
Quote Burong_Hantuk 7-3-2023 02:47 PM
sampah......

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.114575 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top