CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Bekas Presiden Brazil Terima Hadiah Barangan Kemas RM14.3 Juta Dari Arab Saudi

7-3-2023 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2323| Komen: 0

Polis pada Isnin diarahkan Menteri Kehakiman Brazil, Flavio Dino untuk menyiasat bekas Presiden Jair Bolsonaro yang didakwa menerima hadiah daripada Arab Saudi berupa barangan kemas bernilai AS$3.2 juta (RM14.3 juta).


Portal berita antarabangsa melaporkan, arahan itu dikeluarkan bagi menyiasat barangan kemas seperti rantai berlian, cincin, jam tangan, subang yang dihadiahkan kepada Bolsonaro dan isterinya, Michelle Bolsonaro.


Bloomberg

Kesemua hadiah yang diterima pasangan itu, bagaimanapun, telah disita oleh jabatan kastam dan cukai negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paolo pada 2021.

Barangan kemas jenama Chopard dari Switzerland yang tidak diisytihar itu ditemukan dalam beg galas seorang pegawai kerajaan yang sebaik pulang dari Riyadh bersama-sama dengan Menteri Tenaga Brazi, Laksamana Bento Albuquerque.

Kedutaan Arab Saudi, bagaimanapun, dilaporkan tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara itu.


Bolsonaro yang berlepas ke Amerika Syarikat dua hari sebelum penggal pentadbirannya berakhir pada
Disember lalu, menafikan terlibat dalam dakwaan salah laku, namun, penggantinya, Presiden Luiz Inacio da Silva telah mengeluarkan arahan agar siasatan dilakukan.

Siasatan yang dilakukan pihak berkuasa berupaya mengheret Bolsonaro ke muka pengadilan sebaik beliau kembali ke tanah air.

Bahkan, Bolsonaro juga akan disiasat atas dakwaan menghasut sehingga berlaku protes dalam kalangan penyokongnya berikutan kritikan keras di atas sistem pengundian elektronik selepas beliau tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

Pengkritik Bolsonaro berkata, segala hadiah diterima oleh Presiden tidak boleh diambil bagi pihak diri sendiri, sebaliknya, perlu menjadi milik negara.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.202881 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top