CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Chris Rock Akui Layangan Lempang Will Smith Yang Singgah Di Mukanya Menyakitkan

7-3-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2387| Komen: 6

Walau setahun sudah berlalu sejak insiden pelawak ditampar aktor Will Smith di atas pentas Oscar, namun khalayak dan media masih terus memperkatakan tentang peristiwa itu.

Menerusi satu temu bual khas berkaitan komedi di Netflix, Chris Rock mengaku sudah penat bercakap tentang isu yang sama.



AFP via Getty Images

Meski demikian, dia sekali lagi membuka mulut tentang insiden ditampar Smith selepas mempersenda penampilan botak isteri aktor itu kerana sakit.

Pendek tapi padat, Chris mengaku layangan lempang yang singgah di mukanya menyakitkan.

Rock, 58, juga mengatakan jika ada orang memberitahu perkataan lebih menyakitkan daripada dipukul, barangkali individu tersebut tidak pernah dikasari.

“Anda tahu ada yang menyatakan kata-kata lebih menyakitkan. Sesiapa yang berkata demikian tidak pernah ditumbuk pada wajahnya,” kata Rock seperti dilaporkan CNN.


Pelawak itu juga mengaku selepas insiden tersebut, dia akan lebih berhati-hati dengan perbuatan dan perkataan yang digunakan agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

“Saya akan berusaha membuat persembahan tanpa melukakan orang lain. Kita tidak tahu bila dan siapa yang akan terasa dengan tindakan kita,” katanya lagi.


Sumber: GEMPAK

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 7-3-2023 11:37 AM
Alhamdulillah sedar jgk akhirnya
Quote Belibis 7-3-2023 04:05 PM
Kan bagus kalau diva aa kena macam ni sekali sekala.buat raso raso.baru ada akai.
Quote Adrif 7-3-2023 04:27 PM
Belibis replied at 7-3-2023 04:05 PM
Kan bagus kalau diva aa kena macam ni sekali sekala.buat raso raso.baru ada akai.

termasuk Karen-Karen sedunia
Quote Orix 7-3-2023 04:31 PM
aik setahun dah ? cepatnya masa berlalu
Quote sayurmayur88 8-3-2023 07:51 AM
sedar jugak dia ngan mulut longkang dia tu.
mmg manusia2 hanat yg suka provok ni selayaknya di ganyang !!
Quote KamikuP 8-3-2023 09:41 AM
Ada hikmah dapat tampara Will Smith tu, pasni semua berhatri2 bila jadi hos

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.074777 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top