CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Kereta Ada Vest Polis Diburu Pihak Berkuasa

7-3-2023 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1836| Komen: 1

Individu yang merakam gambar kereta mengandungi vest polis dan menghalang lalu lintas diminta polis untuk tampil bagi membantu siasatan.

Imej kereta jenis Proton Saga berwarna hitam dipercayai milik penjawat awam itu tular di Twitter pada Isnin selepas diparkir secara berlapis hingga menyukarkan pengguna jalan raya lain.



Imej kereta mengandungi vest polis yang menghalang lalu lintas di Padang Polo, Ipoh tular di media sosial. - Foto Ihsan pembaca

Tindakan itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet apabila tiada sebarang nombor telefon ditinggalkan kecuali vest polis di bahagian papan pemuka kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian itu disyaki berlaku di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz Shah atau dikenali sebagai Padang Polo di sini.

"Kita sedang mengesan individu yang merakam gambar tersebut bagi membantu mengenal pasti pemilik kereta terbabit.

"Individu tersebut boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, Deputi Superintendan Koo Boon Kuat di talian 016-4173222," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Yahaya, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi hingga menjejaskan siasatan mahupun reputasi polis.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 8-3-2023 09:42 AM
Padan muka lagi la jem kat situ ditambah pulak dgn penjaja yg terpaling berkuasa kat situ habis parking semua kene cop dek deme.Datuk Bandar Rumaizi dan MBI buta perut buta mata kah?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064667 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top