Filem Mentega Terbang yang didakwa bercanggah dengan ajaran Islam kerana cuba menyuntik ideologi yang memandang mudah soal akidah semestinya mendapat perhatian pendakwah bebas Ustazah Asma Harun.
Menerusi laman sosial, Ustazah Asma menggesa pihak terbabit memadam segera filem berkenaan kerana ia membabitkan soal aqidah umat Islam. "Terdapat beberapa dialog yang SECARA JELAS MEMPERSENDA DAN MEREMEHKAN AGAMA ISLAM, bahkan membawa mesej PLURALISME AGAMA. "Menurut laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, pluralisme agama ialah satu istilah yang merujuk kepada fahaman yang menyamakan semua agama dalam erti kebenaran ada dalam semua agama, dan keselamatan (syurga) boleh dicapai menerusi mana-mana agama," tulisnya. Loading FB Post...
Tegasnya, orang ramai boleh setuju atau tidak setuju dengan pandangannya. Beliau tetap berpegang kepada kebenaran Islam sebagai seorang yang beragama Islam. "Lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman," tambahnya. - CARI |
ADVERTISEMENT