CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Jumpa Syamsul Di Mahkamah- "Biasa-Biasa Je, Setahun Dah Tak Jumpa, Saya Puasa, Solat Sunat Dua Rakaat"

7-3-2023 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13456| Komen: 120

"Saya sudah lama reda."

Demikian kata pelakon Puteri Sarah ketika ditanya perasaan dirinya yang bakal berdepan kes perceraian dengan suami juga pengarah terkenal Syamsul Yusof, di Mahkamah Syariah, di sini, pagi ini.


Puteri Sarah, 38, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga lebih tenang selain mendapat sokongan daripada keluarga dan ibu bapa mentua.


Foto: IG

"Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya. 

"Kalau nak ditanya soal perasaan, sejujurnya hari ini saya lebih tenang. Saya percaya Allah sudah tulis dan aturkan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Apa pun yang terjadi hari ini, ia adalah ketentuan Allah SWT. 

"Kedua ibu bapa saya tak datang hari ini begitu juga kedua mentua. Saya tahu mereka sedih. Tapi, jauh di sudut hati mereka tetap mahukan saya gembira dan membahagiakan diri sendiri," katanya kepada Harian Metro.




Ditanya apakah perasaan untuk berjumpa Syamsul hari ini, Puteri Sarah berkata dia biasa-biasa saja.

"Sejujurnya, saya sudah lebih setahun tak berjumpa dengannya," katanya ringkas.

Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu apabila tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal tahun ini.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miszclassique 7-3-2023 10:16 AM
Dah setahun lebih tak jumpa, takde rasa berdebar ke
Kot2 masih ade cebis2 rasa sayang lagi kan

Tapi mertua tak jadi ikut pulak?
Quote likilu 7-3-2023 10:16 AM
Kesiannya both sides of parents pun tak support

Kena migrate kot ps. Jauhi toxics Apa kata pergi indon ke
Quote edoraixora 7-3-2023 10:17 AM
teruk sungguh lah solnotelo ni
udoh ler blok bini, jumpa pun tidak, sampai setahun dah
kau nak simpan sarah buat apa lagi, kalau memang dah tak beri hak2 isteri tu
kalau sarah tak buat kecoh, mmg ko gantung je dia kan
jantan hanatttttt
Quote cik_ingeniare 7-3-2023 10:21 AM
moga dipermudahkan semuanya
Quote alyssaxkisah 7-3-2023 10:26 AM
Baguslah Sarah, every day be stronger and smarter
Quote Dzahin_poch 7-3-2023 10:45 AM
Go go go ps.
Quote mojarean_X 7-3-2023 10:47 AM
Semoga dipermudahkan PS
Quote kamexkame 7-3-2023 10:47 AM
Setahun lebih tak jumpa. Kesian betul dia ni. All the best
Quote dolladolla 7-3-2023 10:53 AM
Semoga dipermudahkan......
Quote kakJOYah 7-3-2023 10:55 AM
semoga dipermudahkan

Sol, ko lepaskan lah dengan cara baik
sarah pun berhak bahagia, ko pun dah dapat kebahagiaan sejati ko kan..?
Quote awekjepun 7-3-2023 10:56 AM
Setahun lebih xjumpa.. xdpt nafkah batin. Harap mahkamah terus putuskan hari ni, cerai ja.
Quote adeqbun 7-3-2023 10:58 AM
Anak2 pon xjmpa jugak ke...truknye kol sol
Quote bulalof 7-3-2023 11:00 AM
lindungilah kami semua dari segala bala dan mala petaka....
Quote NotYou 7-3-2023 11:03 AM
adeqbun replied at 7-3-2023 10:58 AM
Anak2 pon xjmpa jugak ke...truknye kol sol

Anak2 kena jumpa dia hahhaha...hari tu nak gi umrah dia suruh mak pak dia bawak anak2 jumpa dia..bangang tul si samdol ni
Quote Geeayden 7-3-2023 11:03 AM
Sol rasa hebat kat dunia, moga cepat bertaubat dan sempat mohon maaf dgn org2 yg dia sakiti.
Quote ira_229 7-3-2023 11:03 AM
adeqbun replied at 7-3-2023 10:58 AM
Anak2 pon xjmpa jugak ke...truknye kol sol

Katanya cuma video call...n kadang2 bawak keluar. Bagi dia bagi duit tanggungjawab da lepas.
Quote zuliana29 7-3-2023 11:05 AM
Sol enggan melepaskan. sayang lagi atau nk siksa batin PS huhu..
Quote mrsdean 7-3-2023 11:09 AM
likilu replied at 7-3-2023 10:16 AM
Kesiannya both sides of parents pun tak support

Kena migrate kot ps. Jauhi toxics Apa kata pergi i ...

tak hadir tak bermaksud tak support. Mungkin permintaan PS sendiri. Kite tak tau...Mcm sblm ni, fmly dia tak de bunyi ape pun. Tp diaorg sentiasa di belakang PS

Quote mrsdean 7-3-2023 11:12 AM
Edited by mrsdean at 7-3-2023 11:13 AM

anyway go go PS. Semoga dipermudahkan semua utk PS. Hrp sol lepaskan PS dgn cara baik. p la blk bergelumang dgn bini kesayangan ko tu. kelek skali pak mertua ko tu kulu kilir...Jgn lupe sekali suku sakat si zakar tu

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.088792 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top