Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian yang difailkan isterinya, Puteri Sarah Liyana pada pagi Selasa. mStar melaporkan, Syamsul tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi ditemani peguam dan beberapa individu dipercayai pengawal peribadinya.
Dia tampil mengenakan sut hitam lengkap bersongkok dan berkaca mata hitam kelihatan tenang ketika melalui petugas media yang menantikan kehadirannya di mahkamah. Syamsul sempat menyapa petugas media dan secara berseloroh memberitahu sudah lama suaranya tidak didengari. "Assalamualaikum. Lama dah tak dengar suara Syamsul, kan?," katanya sebelum berlalu pergi memasuki dewan mahkamah.
|
ADVERTISEMENT