CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomba Pertaruh Nyawa Demi Selamatkan Kambing Daripada Hanyut Dalam Banjir

7-3-2023 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1061| Komen: 1

Berpegang teguh kepada moto 'sedia menyelamat, cepat dan mesra', pasukan bomba berusaha menyelamatkan seekor kambing daripada dihanyutkan banjir.

Kejadian berlaku di Kampung Melayu Bukit Batu, dekat Kulai, Johor, pada Jumaat lalu.


Malah, seorang anggota bomba mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.


Foto: The Star

"Anggota saya sedang menjalankan operasi menyelamat di kawasan itu apabila mereka ternampak seekor anak kambing berada di atas timbunan pasir, yang akan ditenggelami air banjir," kata pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Rizal Buang.

"Salah seorang anggota bomba, Charlsrickson James, terjun dari bot penyelamat dan mengharungi air banjir bagi menyelamatkan haiwan itu daripada lemas," katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Beliau memuji tindakan semua anggotanya terutama Charlsrickson kerana menyelamatkan anak kambing yang lemah dan tidak berdaya, malah memastikan ia dapat disatukan dengan pemiliknya.


Mohd Rizal berkata, orang ramai yang terjumpa dengan haiwan liar ketika banjir tidak seharusnya cuba mendekati atau menangkapnya sendiri atas faktor keselamatan.

Sebaliknya, mereka harus menghubungi pihak berkuasa seperti JBPM atau Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). -CARI

Sumber: mStar/ The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanaannais 7-3-2023 10:16 PM
Comel. Terima kasih selamatkan anak kambing♥️

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.080139 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top