CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dan Isteri Orang Dirotan 100 Kali Lepas Mengaku Berzina Ketika Suami 'Outstation'

6-3-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1879| Komen: 11

Majlis Hakim Syariah Langsa, Aceh, hari ini merotan 100 kali lelaki berusia 29 tahun dan wanita berumur 29 tahun selepas didapati bersalah berzina.

Serambinews.com melaporkan, majlis tersebut memutuskan pasangan itu bersalah pada 21 Februari lalu dan pelaksanaan hukuman di Tribun Lapangan Merdeka Langsa itu turut disaksikan hakim pengawas dari Mahkamah Syariah Langsa, perwakilan pemerintah Langsa dan Kejaksaan Wilayah Aceh.



Seorang lelaki (kiri) dan wanita (duduk kanan) dihukum rotan 100 kali kerana berzina di Tribun Lapangan Merdeka Langsa, Kota Langsa hari ini. - Foto SerambiNews.com

Wanita itu merupakan seorang ibu di Kota Langsa dan mengaku melakukan zina dengan lelaki tersebut yang berasal dari Aceh Timur di rumah perempuan tersebut di Gampong Alue Dua, MukimLangsa Baro, Kota Langsa manakala ketika kejadian, suaminya sedang bertugas di luar kota tersebut.


Majlis Hakim yang diketuai Ketuanya, Said Nurul Hadi menyatakan, lelaki dan wanita itu telah terbukti bersalah melakukan zina selepas mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Menurut pertuduhan, kejadian itu berlaku pada 11 Januari lalu kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan).

Setelah melakukan perzinaan, lelaki dan wanita berkenaan duduk di ruang tamu untuk bersembang, menyebabkan warga kampung tersebut datang ke rumah itu dan mencurigai perbuatan mereka.

Akhirnya, pasangan tersebut mengaku melakukan perzinaan, menyebabkan mereka diserahkan kepada pihak berwajib oleh penduduk kampung untuk proses jatuh hukum. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awekjepun 6-3-2023 09:24 PM
Apa kebaikan kena sebat 100x? Siapa tahu cer explain. Setiap hukuman yg Allah tetap tu pasti ada hikmah ( kebaikan)
Quote 3chanceno 6-3-2023 09:59 PM
Hebatnya orang kg boleh suspek pasangan nie telah melakukan zina walaupun dah selesai & duduk sembang2 di ruang tamu

Meols pikir kena ada saksi yg lihat aksi zina nie sebelum di hukum sebat ..
Quote aienul 6-3-2023 10:51 PM
awekjepun: Apa kebaikan kena sebat 100x?  ...

Hasil google, sorry tak dapat nak copy paste sini

https://m.facebook.com/FAKTAISLAM/photos/a.134102556664455/128440597230651/?type=3&locale=zh_CN
Quote intan244 6-3-2023 11:59 PM
awekjepun: Apa kebaikan kena sebat 100x?  ...
awekjepun: Apa kebaikan kena sebat 100x?  ...
awekjepun: Apa kebaikan kena sebat 100x?  ...


kalau hudud betul pompuan tu patut kena rejam sampai mati kan.
Quote FOTHER-MUCKER 7-3-2023 07:28 AM
Kenapa tak keluar dari daerah Aceh jika nak berzina?
Quote venom1 7-3-2023 07:30 AM
sedap dapat, sakit pun dapat
Quote Perwira2022 7-3-2023 07:51 AM
Datang la Malaysia untuk berzina atau meliwat. PM kami boleh tunjuk caranya.
Quote mamastoney 7-3-2023 10:12 AM
Kalo laksanakan kat Msia ni, berlambak2 pasangan laki n bini org yg kena sebat gini sbb skandal laki-bini org makin byk.
Quote sangbara2020 7-3-2023 10:54 AM
buat la hukuman mcmana pun
kelakuan sumbang dimana2 jua
Quote eragon 7-3-2023 11:02 AM
Kalau dah kawin, bukan ke hukuan rejam sampai mati ?
Quote apalancut 7-3-2023 11:15 AM


tu la.. parti Isle itu hari jadi kerajaan dah kenyang kena suap.. tadek plak nak bangkitkan RUU355. ni dah jadi pembangkang.. tunggu la.. sikit lagi up balik.. haaa!! Slay!



Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.630678 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top