CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Filem Mentega Terbang

6-3-2023 06:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 968| Komen: 3

Satu kertas siasatan terhadap filem kontroversi Mentega Terbang dibuka selepas polis menerima lapan laporan.

Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.


"Kes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak," katanya dalam kenyataan.



Sejak minggu lalu, filem Mentega Terbang arahan sutradara muda, Khairil Anwar, tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Filem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan Islam.


Filem terbitan syarikat Meng Kheng Entertainment yang ditayangkan pada 19 Januari menerusi aplikasi penstriman dalam talian menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman netizen terhadapnya.

Justeru pelbagai pihak tampil membuat laporan yang menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital mengambil tindakan tegas terhadap penerbitnya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-3-2023 07:45 PM
iols kesian tengok pelakon budak2 tu... hujung2 rhopernya kena bayar 500 hengget jah.. tu pun gigih mak bapak izinkan yihhhhh
Quote printercomel 7-3-2023 06:59 PM
dudaberhias: iols kesian tengok pelakon bud ...


Murahnya dia jual akidah dia.
Quote anilanil 7-3-2023 07:16 PM
Angkut la semua muslim yg terlibat dlm butterfly ni masuk kem pemulihan akidah. Tak berbaloi payment dgn implikasi.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.130320 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top