CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perempuan Jangan Jadi Bodoh, Sekali Lelaki Angkat Tangan... - Che Ta

6-3-2023 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2257| Komen: 18

Kemelut rumah tangga artis sampai 'naik tangan' turut mendapat perhatian Rozita Che Wan atau Che Ta.

Tidak mahu golongan wanita terus ditindas, pelakon dan usahawan jelita itu menasihati kaum hawa untuk menjadi lebih berani jika berdepan masalah keganasan rumah tangga.



IG

Tegasnya, mana-mana isteri yang bernasib malang dan menjadi mangsa penderaan dalam perkahwinan perlu pandai membuat keputusan untuk diri sendiri.

“Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal.

“Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang.

“Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki.

“Kalau dia pujuk cakap minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan dia tidak akan berubah.


“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharunya, Pada Jumaat.


IG

Che Ta juga menitip pesanan kepada mereka yang dikasari suami masing-masing. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 6-3-2023 10:27 PM
Lelaki, sekali dia berani nak pukul kita, dia akan buat lagi.. So, once dah terkena better belah jer dari toxic relationship mcmtu
Quote hzln 6-3-2023 10:36 PM
Edited by hzln at 6-3-2023 10:37 PM

Mmg ada dlm rekod mahkamah kalu tak silap, cerai hat dulu sbb kes gini lah juga. Masa tu blm jadi retis lagi,baru level2 model majalah (hat la ni tiap kali bergambar dia duk posing acah2 x tgk kamera, fake laugh apa semua tu hasil tinggalan dr jaman ni la) Jadi dia tak cakap kosong la tang ni, asal ada  isu hangat gigih menempel sama, bercakap dr pengalaman gituh. Secara low-key dia cerca ex-laki la ni
Quote buapakperut 7-3-2023 04:18 AM
Pe bende nekta ni cakap, asal boleh je ayat2 dia.
Quote LadyCarefree 7-3-2023 04:37 AM
hzln replied at 6-3-2023 09:36 PM
Mmg ada dlm rekod mahkamah kalu tak silap, cerai hat dulu sbb kes gini lah juga. Masa tu blm jadi re ...

Nekta pernah kena pukul dengan exhusband dia yang pilot tu?

Btw Nekta takkan bagi saranan saja? Pinjamkanlah istana kodiang tu kat shu dan anak2.
Quote dudaberhias 7-3-2023 06:37 AM
LadyCarefree replied at 7-3-2023 04:37 AM
Nekta pernah kena pukul dengan exhusband dia yang pilot tu?

Btw Nekta takkan bagi saranan saja? P ...

tak siap lagi kaka... katanya lepas raya baru siap... tapi tak di sebut raya tahun bila... kaka syak shu dah beli rumah sendiri pakai loan dan dah habis bayar loan baru siap gamaknya...

btw yihhhh... nekta memang la laki sheols sekarang tak berani nak naik tangan... sebab sheols lah ketua rumah tangga tak gitu talak penceraian semua terletak di tangan nekta bukan si zen... zen tu ala2 anak bujang sheols jah... kena ikut je apa mama cakap... mama nak bersanding kali ke 8 pun ikut... siap pakai veil ala2 victorian style... lepastu berlakon buka2 veil nak tengok muka isteri buat kali pertama ala2 baru bernikah...

sekali???

buka2 rupanya nenek...


Quote she 7-3-2023 06:40 AM
NekTa macam bitter dengan ex somi
Bila komer sebut pasal ex dia
Baru perasan komen2 dia pasal orang ketiga ni
Lebih menjurus kisah rumahtangga dia yang lepas

Kalut sungguh lah hang NekTa
Quote dudaberhias 7-3-2023 06:44 AM
Edited by dudaberhias at 7-3-2023 06:45 AM

throwback anniversary nekta yang entah ke berapa... betul2 tak nak kalah yach nekta...

Buka2 rupanya nenek?
Kesian zen nak kena hadap nenek tak nak kalah ni

posing gambar plak macam biasa, dari 1 side dan angle sahaja... bayar mahal2 photographer pun itu je lah pose dia... dalam mana2 gambar pun itu je anglenyaa...




Quote primarikey 7-3-2023 07:55 AM
Zain makin cantik
Rambut kepok2
Quote ladybugs_12 7-3-2023 08:39 AM
betul apa dia ckp.. once tgn dh naik... angkat kaki ... tak payah tunggu lagi.... dapatkan rawatan, buat report police... terus fullstop!
Quote tobobon 7-3-2023 08:48 AM
dudaberhias replied at 7-3-2023 06:37 AM
tak siap lagi kaka... katanya lepas raya baru siap... tapi tak di sebut raya tahun bila... kaka sya ...

manalah tak siap2
duit dah abis...hari tu kan baru pergi "umrah" london setelah sekian lama x pegi


sekali phone pun kena copet....nak beli phone baru lagi...of course x kanlah nak pakai redmi 600 hengget kan  
Quote umbut 7-3-2023 08:58 AM
Belasah balik. Tomoi kat situ
Quote msdummy.2018 7-3-2023 11:17 AM
This time i sokong u che taaaa
Quote shida81 7-3-2023 11:31 AM
Kwn I India... Selalu kn pukul ngn laki Lagi2 klu laki mabuk... X kj.. X tlg jg ank2... Ari tu mmber I pregnant no 5... Dia gugurkan..mil dia pun suh gugurkan sbb tau ank dia x guna.. Dia ada 4 org ank lelaki.. Yg no 5 ni pompuan... Laki dia dpt tau mengamuk pkul dia.. Dia g report polis.. Ms polis nk tangkap laki dia.. Dia tarik report... Dia ckp kesian.. Ak sampai sudah x tny khabar dia.. Lantak ko la... Penat Kwn2 advice... Ko nk jugak blk kat jantan tu.. Lantak ko la
Quote manehnya 7-3-2023 11:36 AM
laki dia budak2, mmg x kan angkat tgn la kat dia
Quote _blackbird 7-3-2023 03:44 PM
ku setuju kata2 cik ta, bukan "kena debik is ok, alasan masih sayang, taknak report polis or get help sebab taknak buka aib" tapi bila dicurang habis semua "aib" dilondeh. ermm ramai yg tak boleh beza aib dengan jenayah
Quote hzln 7-3-2023 04:07 PM
LadyCarefree replied at 7-3-2023 04:37 AM
Nekta pernah kena pukul dengan exhusband dia yang pilot tu?

Btw Nekta takkan bagi saranan saja? P ...

Gitu lar lbh krg, fail cerai sbb kena pukul, ingat2 lupa dah, column kecik dlm general news ja bkn masuk ruangan hiburan pun, jaman ni rupa polos lagi, takde glam sarat labuci pekan rabu mcm hari ni, anak2 pun berlemuih aja...dan kekal berlemuih hingga hari ini
Quote LadyCarefree 7-3-2023 04:17 PM
tobobon replied at 7-3-2023 07:48 AM
manalah tak siap2
duit dah abis...hari tu kan baru pergi "umrah" london setelah sekian lama x pegi ...

Kan dia cakap 10hari tadok phone sampailah ada yg bagi dia phone free.
Quote LadyCarefree 7-3-2023 04:21 PM
dudaberhias replied at 7-3-2023 05:37 AM
tak siap lagi kaka... katanya lepas raya baru siap... tapi tak di sebut raya tahun bila... kaka sya ...

iols mmg xsuka nekta and famili

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.033253 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top