PETALING JAYA – Seorang pengguna berang laluan pejalan kaki dihalang oleh sebuah kenderaan mewah yang diletakkan secara haram di sekitar taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menurut ciapan oleh @monkeydisease kelihatan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard tersebut diletakkan di atas lintasan laluan pejalan kaki sehingga menyebabkan pengguna terpaksa menggunakan laluan jalan raya.
“Kereta mewah nombor plate JUT4 tetapi tiada duit nak letakkan kereta di tempat parkir yang sepatutnya. “Saya perlu lalu di jalan raya bersama anak yang berada dalam kereta sorong. Kalau saya bawa kerusi roda pula bagaimana? “Saya harap kewangan mereka menjadi lebih baik supaya boleh meletak kereta dengan selesa di tempat letak kereta dan supaya pejalan kaki dapat kembali ke laluan mereka,” ciapnya. D ruangan komen ramai mengecam pemilik kenderaan terbabit yang menyusahkan pengguna laluan pejalan kaki.
“Mungkin orang kaya tidak letak kereta di parkir lot, sebab mereka mampu bayar saman,” komen Akmal. “Sama macam kawasan kondominium saya. Mereka mampu beli rumah tetapi tidak mampu beli tempat letak kereta. Balik dari kerja mesti semuanya kereta import diletakkan di tepi jalan,” komen pengguna yang lain pula. – CARI Sumber: Kosmo
|
swimswim replied at 6-3-2023 05:14 PM
Dia x bwk cash, duit semua dlm card credit *sekadar memberikan alasan*
drivethru replied at 6-3-2023 05:20 PM
Aku rasa dalam tu ada driver. Tunggu boss habis meeting. Selalu nampak driver2 bongok kereta mewah p ...
jfq replied at 6-3-2023 05:21 PM
Parking kl skrang smua cashless termasuk parking dbkl
jfq replied at 6-3-2023 05:03 PM
Padam plate number pastu mention JUT4
JunkMail replied at 6-3-2023 05:48 PM
Aku baru tau alpad ni kategori kenderaan mewah..
Mewah sangat ke? Macam keranda je aku tengok.
JunkMail replied at 6-3-2023 05:48 PM
Aku baru tau alpad ni kategori kenderaan mewah..
Mewah sangat ke? Macam keranda je aku tengok.
drivethru replied at 6-3-2023 05:20 PM
Aku rasa dalam tu ada driver. Tunggu boss habis meeting. Selalu nampak driver2 bongok kereta mewah p ...
ADVERTISEMENT