CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cubaan Polis Tangkap Bekas PM Pakistan Gagal

6-3-2023 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 533| Komen: 0

Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan yang berdepan beberapa kes undang-undang gara-gara menekan kerajaan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, cuba diberkas beberapa anggota polis, semalam.


Pegawai polis dari Islamabad, tiba di kediaman Imran dekat timur bandar Lahore yang dikelilingi ratusan penyokong sehingga pihak berkuasa gagal menahan bekas Perdana Menteri itu.


Penyokong bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkumpul di sekeliling van polis di luar rumahnya di Lahore, - Foto AFP

"Sepasukan polis Islamabad tiba di Lahore untuk memberkas Imran Khan untuk mematuhi perintah mahkamah.

"Imran Khan enggan menyerah diri. Superintendan polis telah masuk ke dalam kamar tetapi Imran Khan tidak hadir di sana," katanya.

Waran penahanan dikeluarkan selepas Imran gagal hadir di mahkamah atas satu kes rasuah pada 28 Februari.


Imran dituduh gagal mengisytiharkan hadiah yang diterimanya ketika menjadi Perdana Menteri atau keuntungan setelah menjual barangan itu.

Ini kerana, pegawai kerajaan mesti mengisytihar semua hadiah tetapi dibenarkan untuk menyimpan barang di bawah nilai tertentu.

Imran kemudian bercakap kepada pekerja parti dekat rumahnya di Zaman Park, Lahore, di mana polis kekal berada di luar.

"Saya dipanggil kerana kes palsu dan negara harus tahu mengenainya.

"Ia akan menjadi petanda buruk kepada negara jika negara tidak menentang pemerintah yang korup," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan yang diwakili Imran, Shah Mehmood Qureshi, memberitahu pemberita bahawa pihaknya ada menerima notis daripada polis Islamabad.

Namun, beliau mendakwa notis itu tidak tertera sebarang perintah untuk penahanan.

"Kami akan berunding dengan peguam kami dan mengikut proses undang-undang," katanya.

Mahkamah Pakistan acapkali digunakan untuk 'mengikat' ahli Parlimen negara itu dengan prosiding yang menjemukan dan berpanjangan, sehingga mengundang kecaman oleh kumpulan pemantau hak kerana didakwa menyekat pihak pembangkang.

Imran yang ditembak di bahagian kaki semasa perhimpunan tahun lalu, didakwa cuba mengganggu kancah politik di negara Asia Selatan itu sejak dipecat sebagai perdana menteri menerusi undi tidak percaya pada April tahun lalu.


SUmber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.222958 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top