CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaman Kejatuhan- "Hafidz Rosdhi Wajib Diboikot, Unfollow Di IG,Haramkan Daripada Muncul Dalam Drama"

6-3-2023 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6678| Komen: 96

Melakukan kekerasan terhadap bekas isteri,  Hafidz Roshdi mengundang kemarahan netizen sehingga menggesa stesen televisyen tempatan mengharamkannya kemunculan pelakon itu dalam mana-mana drama.


Rata-rata menyifatkan perbuatan Hafidz, 29, sebagai kejam dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang individu bergelar selebriti kerana bimbang menjadi contoh buruk kepada para peminat.

Seorang pembangun konten digital, Khairul Hakimin Muhammad antara lantang menyuarakan pandangan menerusi akaun Facebook, menyelar Hafidz tidak wajar diangkat sebagai idola selepas terlibat dalam keganasan rumah tangga.


Foto: IG

“Wajib batalkan Hafidz. Dia tidak wajar menjadi idola, ikon, artis atau apa sahaja bawaan imej di mana-mana layar, televisyen, pawagam atau dalam media sosial,” katanya.

Perkara itu turut dipersetujui oleh pengikut yang enggan lagi menyokong sebarang produk memaparkan wajah Hafidz selepas ini.




“Bukan sahaja boikot, kita perlu berhenti mengikut akaun media sosialnya.

“Zaman kegelapan Hafidz Roshdi dah bermula. Tumbuk muka isteri bukan perkara baik, boikot Hafidz,” kata netizen.

Sementara itu, masih ada yang berpendapat agar tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap Hafidz yang dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental sebelum ini.

Sejak dua minggu lalu, kisah kemelut rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada antara topik hangat yang diperkatakan ramai dalam medisa sosial.



Selepas dilaporkan menceraikan isteri dengan talak satu menerusi panggilan telefon, Hafidz terus menimbulkan rasa marah umum apabila didakwa menumbuk muka Shuhada sebanyak tiga kali sehingga perlu menerima 10 jahitan.

Semalam, seorang pelakon lelaki dipercayai Hafidz ditahan pihak polis atas dakwaan memukul isteri sehingga membawa kecederaan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 29 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Shuhada sebelum ini juga mengesahkan sudah mendaftar perceraian mereka di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 27 Mac lalu.

Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ihtisyam1 6-3-2023 03:34 PM
muka mcm ni biasanya tak guna.... mcm ex aku hahaha
Quote cmf_PariS 6-3-2023 03:34 PM
boikot dua dua... bosan betul citer dorg nilah!!!!
Quote she 6-3-2023 03:39 PM
Dah tu nanti kalau dia takde income
Macam mana dia nak bayar nafkah anak?

Nerakazen ni kadang suka memandai2
Deme tak tahu nak tuntut nafkah anak esok
Meleret2
Hakim akan tengok purata income bekas suami
Bukan sesaja hakim kata ok tiap bulan bagi 2k

Biar dia keje
Kadang pendapatan bekas suami tu rezki anak2
Tuhan salurkan rezki anak melalui bekas suami
Pikirlah jauh sikittt
Pandang masa depan anak
Jangan fikir sakit hati nerakazen aje

Kita ibu yang nak menjaga anak sendiri nanti
Quote dudaberhias 6-3-2023 03:40 PM
kaka tak payah buat apa sebab memang tak pernah follow pun jantan rhoper macam beruk salji nih... yihhhhh... apa2 sahaja menyerupai beruk salji seperti si wukong, poji nawawi (bukan yang mix), shuk, tauke jambu, soeb... memang kaka takkan follow mahupun buka ig mereka... kalau terbuka secara tak sengaja pun kaka block cepat2 dan lenyapkan search history supaya tak terkena badi... agittewww... siap puhhh kiri puhhhhh kanan dan ludah2 sikit nak buang badi jejan tak herlokkkk...

tiap kali wajah mereka keluar kat TV pun kaka kalih ke channel animal planet... lagi berair tengok binatang duk kejar2 nak mengawan dari tengok deorang ni...

dah la tak herlokkk lepastu perangai pun sama hauk...
Quote ezacbee 6-3-2023 03:42 PM
Sukati korang lah. Syukurlah aku jarang layan drama melayu. Lakonan budak ni pun xpenah tengok.
Quote NazRysha 6-3-2023 03:42 PM
nasib dia akan sama mcm amar ashraf
Quote zuliana29 6-3-2023 03:45 PM
NazRysha replied at 6-3-2023 03:42 PM
nasib dia akan sama mcm amar ashraf

kan.. jatuh merundum terus dia lepas kejadian tu
Quote minguk 6-3-2023 03:47 PM
masih ada 1.4m pengikut. hmm
Quote youell 6-3-2023 03:48 PM
she replied at 6-3-2023 03:39 PM
Dah tu nanti kalau dia takde income
Macam mana dia nak bayar nafkah anak?


Rezeki luas skop nya. Berlambak keje lain aih..nak tak nak je usaha. Tak boleh jd pelakon..keje la benda lain oiii.. usaha la ikut Mana pun utk tunai tanggungjwb. Sempit sgt fikiran dok fikir jantan taguna tu hanya boleh jadi pelakon semata, utk cari rezeki..
Quote duricinta 6-3-2023 03:50 PM
Kena buat hastag boikot mamat giler ni biar sume pengarah, stesen tv nampak..netizen tunjukkan kuasamu
Quote cikatilia 6-3-2023 04:27 PM
apa je drama dia pemes?? mcm xpenah aku tonton. kalau pernah nampak sgt takde impak sbb x ingat
Quote hannan_rayyan 6-3-2023 04:32 PM
masalah mental yg dikatakan ni cuma keluar bila dengan Shuje ke? bila dengan Athirah Yuhada dia elok waras ekk
Quote abadi84 6-3-2023 04:35 PM
hannan_rayyan replied at 6-3-2023 04:32 PM
masalah mental yg dikatakan ni cuma keluar bila dengan Shuje ke? bila dengan Athirah Yuhada dia elok ...

Sampai kena check in dan mandi wajib bersama demi nak ubati masalah mental itu. Parah sungguh.
Quote laksmanabentan 6-3-2023 04:36 PM
laju jer penerbit nak ambil dia nih...
hihihi... makin banyak kontroversi, banyak la viewers..
aseeeekkkk....

apa lagi tv3suku, astrok... peluang nih...
bila lagi nak viral...
Quote rezraz 6-3-2023 04:37 PM
hannan_rayyan replied at 6-3-2023 04:32 PM
masalah mental yg dikatakan ni cuma keluar bila dengan Shuje ke? bila dengan Athirah Yuhada dia elok ...


Sementara itu, masih ada yang berpendapat agar tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum terhadap Hafidz yang dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental sebelum ini
yg mental ialah org yg komen gini. Taksub sgt ngan jantan mereng ni . Sekian
Quote she 6-3-2023 04:39 PM
youell replied at 6-3-2023 03:48 PM
Rezeki luas skop nya. Berlambak keje lain aih..nak tak nak je usaha. Tak boleh jd pelakon..keje la ...

Macik berfikir dari pandangan perbicaraan nafkah anak nanti
Macik tak tahu komer berfikir dari sudut mana
Mungkin komer boleh guna ayat ni depan hakim
Quote I.K.A888990 6-3-2023 04:41 PM
femes benor ke dia ni.
sapa ug stil sokong mmat acah2 claim mental ni aku tak tau la nk kata apa
Quote buapakperut 6-3-2023 05:32 PM
Amende kejatuhan, bila masa kenaikan pun sis tak cakna
Quote insyi81 6-3-2023 05:43 PM
setuju dgn tajuk di atas

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.052091 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top