CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Polis Dapatkan Perintah Mahkamah Larang Hafidz Roshdi Dekati Isteri

6-3-2023 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4215| Komen: 27

Polis mengesahkan akan mendapatkan surat perintah mahkamah sementara pada hari ini bagi menghalang pelakon Hafidz Roshdi daripada mendekati isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri sementara siasatan berhubung kes menumbuk mangsa selesai dijalankan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan terdahulu pihaknya sudah menahan aktor berkenaan pada kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu ketika Hafidz hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Selangor.


mStar

Hafidz bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sebaik keterangannya diambil pada hari sama.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.

“Ada kemungkinan polis akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini (Ahad),” katanya.


Pada 2 Mac, Hafidz didakwa menumbuk wajah Shuhada sebanyak tiga kali selepas berlaku pertengkaran di antara mereka sehingga menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 6-3-2023 02:54 PM
Harap2 tidak lah sampai jadi mcm abby choi tuh....seram pulak aku laki psyko ni
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 02:57 PM
moga dipermudahkan
Quote prettyuglybabe 6-3-2023 03:05 PM
bukan dah cerai ke..
patut bekas isteri la kan..
Quote Fazzbulous 6-3-2023 03:08 PM
prettyuglybabe replied at 6-3-2023 03:05 PM
bukan dah cerai ke..
patut bekas isteri la kan..

blum official uolls...jantan ni claim cerai tanpa niat pulak...
Quote Hoola 6-3-2023 03:15 PM
mmg elok sgt la, biar dia dekati orgke3 rapat2 ketat2
Quote alieyrina 6-3-2023 03:16 PM
Hepi la momo jantan tu takleh dekat dgn bini. Boleh bekepit 24jam
Quote alongweeda 6-3-2023 03:19 PM
sumbat je ke dalam....gile nyer jantan..
Quote dudaberhias 6-3-2023 03:22 PM
padan muka... dah tak boleh nak dekat dengan bekas isteri... so ko dah tak boleh nak mendebik sheols lagi... pergi la debik si tirah tu pulak... mungkin yang tu macam si zarina sabut nyoq... suka kena smackdown dan di hempuk dek anak... habis smackdown pujuk2 la ajak ambil air sembahyang dan solat berjemaah... lepastu malam melambung sampa ke syiling... subuh2 terus bangun mandi junub sama2
Quote jiwakacau06 6-3-2023 03:22 PM
alieyrina replied at 6-3-2023 03:16 PM
Hepi la momo jantan tu takleh dekat dgn bini. Boleh bekepit 24jam

takut momo dia peluk bantal...jantan disebalik jerigi
Quote KamikuP 6-3-2023 04:08 PM
Mohon merge thread sang saka HR ni
Quote anilanil 6-3-2023 04:21 PM
Edited by anilanil at 6-3-2023 04:23 PM

Dak apiz, ko jgn risau. Kalo ko masuk jail pon tirah kude akan tetap setia. 9 tahun kan, taknak la jail kejap pon nak berubah hati. Dia pon byk duit si tirah kude tu. Byk job. Apalah sgt takat tolong bayar denda. Hotel pon dia yg booking kan, mesti nanti beras pon dia beli. Jgn risau la nnt ko takde job lepas kahwin dgn tirah kude. Tirah kude mesti usaha berhempas pulas nak penuhi kemahuan ko. Ko duduk je kat rumah, sapu minyak amla kat bulu2 badan ko supaya lebat & sihat. Tirah kude kan obses dgn bulu2 ko tu kalo tak takkan dia bole amik gambar kaki & tangan ko yang berbulu tu. Semoga sentiasa bersama hingga akhirat ye sbb kan shu suruh korang cari dia kat padang masyhar nanti. At least ada org yg teman ko merangkak. Dah bole dah ni practice sama2 kat rumah nnt ye. Jgn lupa mandi... bghehehe
Quote cikatilia 6-3-2023 04:28 PM
padan muka
duduk diam2 sama gadis sondol
Quote Addrianna 6-3-2023 04:35 PM
Fazzbulous replied at 6-3-2023 03:08 PM
blum official uolls...jantan ni claim cerai tanpa niat pulak...

Claim tanpa niat pulak tapi boleh pulak buat # kat ig #dudaanakdua macam siao
Quote laksmanabentan 6-3-2023 04:38 PM
akan mendapatkan...

AKAN yaa uoolllsss...

ambil keterangan 2 March..
hari ini 6 March...

AKAN tu berapa March ekkk..
Quote KirazMevsimi 6-3-2023 06:44 PM
okay bagus
Quote rayna_raynes 6-3-2023 06:45 PM
prettyuglybabe replied at 6-3-2023 03:05 PM
bukan dah cerai ke..
patut bekas isteri la kan..

mahkamah belum sahkan lagi

Quote Fazzbulous 6-3-2023 07:31 PM
Addrianna replied at 6-3-2023 04:35 PM
Claim tanpa niat pulak tapi boleh pulak buat # kat ig #dudaanakdua macam siao

kannnn..mental btul jantan ni..apa yg dia nak ntah...nak kawen ngn skandal,bini dah bagi dahhh...kawenn la...huhuhu
Quote 3480 7-3-2023 02:08 AM
Byknya thread depa.. satu duakan sj lorr
Mcm thread ps, anju, mirateksembul..
Byk sggh..
Quote JunkMail 7-3-2023 02:14 AM
3480 replied at 7-3-2023 02:08 AM
Byknya thread depa.. satu duakan sj lorr
Mcm thread ps, anju, mirateksembul..
Byk sggh..

Walaupun merengsakan tapi rules nya satu berita satu benang dek.. selagi kes tengah panas selagi tu berderet-deret lah benang kisah orang yang sama.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.213525 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top