Batu Pahat: Seorang ibu terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tanpa bayinya di sini, selepas kediaman keluarganya di Kampung Parit Sameon, Kota Dalam dinaiki air sedalam satu meter sejak Rabu lalu.
Suri rumah, Shafizah Samad, 27, berkata dia dibawa berpindah ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Dalam di sini oleh suaminya, Yazid Mohammad, 34 bersama tiga anak mereka termasuk bayi berusia 21 hari selepas Maghrib pada hari pertama banjir, Rabu lalu. Katanya selepas ditempatkan di PPS, bayinya, Nur Fatimah Alia mengalami sesak nafas dan selsema dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini dan ditahan di wad, sehingga kini. "Sebelum berpindah, anak ketiga saya ada mengalami selsema mungkin kerana cuaca juga sejuk sebab hujan berterusan tanpa henti sejak 28 Februari lalu. "Suami dukung saya dari rumah dan menaiki kereta ke PPS kerana air parit yang terletak di hadapan rumah sudah melimpah, bahagian dapur juga sudah dinaiki air banjir.
"Sedih sangat sudahlah rumah dinaiki air, berpantang di PPS tanpa bayi di sisi, anak lahir normal tetapi mungkin disebabkan keadaan sejuk dan hujan, jadi banyak kahak dan sukar bernafas selepas berpindah di PPS. Saya harap bayi saya cepat sihat dan kami dapat bersama-sama pulang ke rumah selepas banjir pulih," katanya ketika ditemui di PPS Kota Dalam, di sini, hari ini. Shafizah berkata ibunya, Kalsom Puteh, 62 meminta dia dibawa ke PPS lebih awal bagi mengelak kejadian lebih buruk. Katanya di PPS, dia dijaga ibunya dan kesihatan selepas berpantang dipantau jururawat yang datang ke PPS. -CARI Sumber: Harian Metro
|
mamajawie: Ya Allah, sedihnya baca berita ...
shernazz replied at 6-3-2023 04:02 PM
Elok la dok hospital dulu
Nak jaga kat pps TU susah..nak mandikan ke..nak dok jaga bg susu bagai ..
...
mamajawie replied at 6-3-2023 02:34 PM
Ya Allah, sedihnya baca berita ni..syurgalah tempatmu wahai anak..
mamajawie: Ya Allah, sedihnya baca berita ni..syurgalah tempatmu wahai anak..
ADVERTISEMENT