PETALING JAYA –Seorang kanak-kanak autism meraih perhatian dan menyentuh emosi ramai ketika dia menghadiri pengebumian ayahnya. Menerusi video yang dimuat naik oleh @sweetmarina58 di akaun TikToknya, kelihatan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dalam keadaan menangis ketika dibawa ke kawasan kubur untuk memperlihatkan ayahnya buat kali terakhir.
Kanak-kanak perempuan itu berjaya ditenangkan dan akhirnya melihat sayu ayahnya dikebumikan dari tepi kubur. “Anak tunggal arwah seorang ini sahaja berusia sembilan tahun. Dia tidak faham apa yang berlaku kerana kanak-kanak istimewa autism. “Ayahnya muda lagi umur 41 tahun meninggal dalam tidur kelmarin. Semoga syurga tempatmu,” tulis pengguna itu dalam videonya. Di ruangan komen, ramai yang sebak melihat video tersebut dan mendoakan agar urusan kanak-kanak itu dipermudahkan.
“Al-Fatihah, hilang tempat mengadu seorang anak perempuan, hilang kekuatan anak itu,” komen Intan. “Masyallah, semoga dipermudahkan urusan kamu selepas ini ya anak syurga, sebaknya rasa sebab saya juga dikurniakan seorang anak istimewa,” komen pengguna yang lain pula. –CARI Sumber: Kosmo
|
Thunderclouds replied at 6-3-2023 03:09 PM
Budak tu xpaham.
Xpatut paksa bwk dia p kubur semata² nk suruh bg penghormatan/tatap jenazah bapak ...
hatilara replied at 6-3-2023 04:23 PM
klu baca komen katanya adik ni duk penang ngan mak dan ayah tiri. Dibawa ke putrajaya utk tgk ayah ...
hatilara replied at 6-3-2023 04:23 PM
klu baca komen katanya adik ni duk penang ngan mak dan ayah tiri. Dibawa ke putrajaya utk tgk ayah ...
dani-rox replied at 6-3-2023 06:43 PM
bongoknya org rakam muka anak org lain tanpa kebenaran buat jd content.
sorrow porn = menceroboh ...
samperit replied at 6-3-2023 06:49 PM
betul sis dani. cukup benci org buat content semata2 nak dpt views tinggi, tak hormat langsung pri ...
ADVERTISEMENT