CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Jaga Bekas Suami Koma- Siti Rohayu Dah Kahwin Lagi Lepas Dituduh Pernah Kena Tangkap Basah, Mas Kahwin RM33,333

6-3-2023 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5203| Komen: 30

Siti Rohayu memilih untuk memulakan hidup baharu selepas beberapa tahun terpaksa melalui jalan berliku dan cabaran dalam perkahwinannya.

Sebelum ini, kisah dirinya yang lebih dikenali sebagai Umy ini menjadi tular apabila sanggup membantu dan menjaga suaminya yang terlantar koma selama 90 hari sehingga pulih walaupun dikatakan sedang berdepan kemelut rumah tangga.


Namun perkahwinannya hanya mampu bertahan selama sembilan tahun apabila selepas suaminya sihat, mereka terus bercerai pada Oktober 2022, didakwa angkara campur tangan orang lain.



Pada Jumaat, Umy yang enggan menoleh lagi masa silamnya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki bujang pilihan keluarga.

Perkahwinan dengan mas kahwin berjumlah RM33,333 berlangsung di Besut, Terengganu itu diraikan oleh ramai pengikutnya yang turut datang dari jauh.

Bagaimanapun menerusi satu sesi 'live' TikTok yang sempat dilakukan ketika majlis persandingannya, terdapat pula komen-komen negatif dan tidak sedap didengar yang ditinggalkan netizen.


Kebanyakan komen seolah-olah menuduh Umy sudah lama merancang perkahwinan dengan suami baharunya dan mempunyai ‘skandal’ dengan lelaki itu sejak awal lagi.



"Dulu pernah kena tangkap basah. Memang dah plan. Rupanya memang betul skandal," merupakan antara komen kecaman yang dibaca semula oleh Umy.

Walaupun begitu, Umy tidak melenting membaca komen-komen tersebut bahkan menjawabnya dengan tenang.

“Eh tak, jodoh dari dalam perut lagi. Allah dah tetapkan. Siapa kita nak lawan takdir.

“Kalau benda tu betul, saya tak buat grand macam ni. Saya nikah senyap-senyap.

“Ni saya nak tunjuk pada semua. Biarlah yang orang tuduh tu jadi kenyataan. Biar 'kepanasan' orang yang perangkap saya tu. Tapi bukan itu sebenarnya niat saya,” katanya menjelaskan hal tersebut.

Menurut Umy dia juga sama sekali tidak kisah jika masih ada yang beranggapan buruk terhadap dirinya.

Tegasnya, keputusan untuk bernikah secepat mungkin dibuat setelah mempertimbangkan saranan ahli keluarga.

Wanita berkenaan juga menerima dengan baik takdir dan jodoh yang telah disiapkan Allah untuknya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkidorkido 6-3-2023 02:56 PM
Tak kenal sapo mek ni
Apa pun selamat pengantin baru
Mana nak bersanding, mana nak salam kaup
Mana nak live tiktok lagi huhuuu
Quote cepheid 6-3-2023 03:01 PM
Sekarang ni sumber tik tok dah jadi sumer berita dan isu semasa ke?
Quote otai_g 6-3-2023 03:03 PM
Skrg lu ambik itu smph bw keluar atau Sy buang itu smph keluar.
Quote kakacantikkan 6-3-2023 03:05 PM
biar la dia muda lg ada nafsu..da cerai kan..bebas la nk kawen sapa pun
Quote prettyuglybabe 6-3-2023 03:07 PM
memang dia kawin dengan laki yang dia kena tangkap khalwat tu ke?
kalau dengan laki tu jadah sangat pilihan keluarga..
lepas ni nak minta derma guna tiket apa pulak..
Quote ellejo 6-3-2023 03:08 PM
pilihan keluarga ye dik
Quote lattehazelnut 6-3-2023 03:11 PM
prettyuglybabe replied at 6-3-2023 03:07 PM
memang dia kawin dengan laki yang dia kena tangkap khalwat tu ke?
kalau dengan laki tu jadah sangat  ...

Yep dgn adik angkat dia
Quote Thunderclouds 6-3-2023 03:17 PM
Ok la tu.
Skandal xskandal bekas laki jaga sampai pulih baru cerai.
Bila  jantan buat xpa,kna paham. Lelaki,ada 'napsu'.
Betina buat kna cerca.
33k hantaran utk janda ank 2 kau hado.
Anyhoo..ni berita sampah,dh knp dok kt CI.
Quote Thunderclouds 6-3-2023 03:21 PM
prettyuglybabe replied at 6-3-2023 03:07 PM
memang dia kawin dengan laki yang dia kena tangkap khalwat tu ke?
kalau dengan laki tu jadah sangat  ...

Yer.
Faiz kan nama laki baru.
Yg tu la dok kulur kilir bkepit dr seblom bcerai lagi
Quote prettyuglybabe 6-3-2023 03:25 PM
Thunderclouds replied at 6-3-2023 03:21 PM
Yer.
Faiz kan nama laki baru.
Yg tu la dok kulur kilir bkepit dr seblom bcerai lagi

ye la.. sorok motor bagai dalam rumah..pilihan keluarga
Quote venom1 6-3-2023 03:58 PM
mereka dah sah berkahwin. apa yg berlaku dahulu itu antara dia dengan Allah
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 04:13 PM
next.....
Quote _blackbird 6-3-2023 04:59 PM
my personal opinion, ok je mana2 lelaki or perempuan yg nak chow dari partner dia yg cacat ke sakit. watpa nak stay kalau diri sendiri mmg tak sanggup nak jaga. takda apa yg salah pon, setiap org ada goal, hidup ni sekali, watpa nak bazirkan hidup dengan kehidupan yg kita tak mau

Quote sharlenetexas 6-3-2023 05:00 PM
Jaga rumahtangga elok2. Stop gelenyar.


Quote GummyBear123 6-3-2023 05:06 PM
Thunderclouds replied at 6-3-2023 03:17 PM
Ok la tu.
Skandal xskandal bekas laki jaga sampai pulih baru cerai.
Bila  jantan buat xpa,kna paham. ...

Tu lah... RM 33k hantaran pun takpe, she has proven herself to be reliable - jaga laki sakit sampai pulih. Nak jaga orang dewasa ni banyak ooo cabaran. Kudrat kena kuat nak mandikan diorang, pastu mental pun kena kuat sebab orang yg sakit tu akan low esteem. Pasal dia skandal ke tak, yg tu belakang cerita. Ex-bini dan ex-laki kedua-duanya win-win situation boleh move on dengan pasangan baru masing2.
Quote rosedemon 7-3-2023 08:53 AM
mana tahan wooo nafsu batin laki koma kihkih
Quote Sheila1987 7-3-2023 08:00 PM
Sebenarnya tak kisah pon dia nak kawen dengan adik angkat dia. Cuma tak suka cara dia play victim dan burukkan family ex mentua dia. Sedangkan dulu dia dah kantoi org jheat sendiri bersuara, lepas kantoi pakat maki dia. Tapi pandai dia play victim, dia tutup komen masa tu. Bila isu tu settle, baru dia buka balik komen. Dan still burukkan mentua dia. Time dia burukkan ex mentua dia, pakat sokong dia. Bila org ungkit kisah lama dia, pakat cakap aib plak. Sekarang ni pakat sanjung dia balik.
Quote WeAiNe 7-3-2023 08:08 PM
aku cuma nak komen wow wow wow mas kawin ribu riban ooooooooooo
kemain meriah majlis siap pakej pelamin baju mekap bagai
dari rumah sebelah anak dara tapi belanja kawin rm1000
moga bukan alasan nak berjimat
tapi sebenarnya laki nan hado nak sediakan
Quote Madel 7-3-2023 08:31 PM
Untung la laki baru
Minah ni katanya dpt derma ratus ribu smpai boleh buat rumah banglo.
Laki baru cuci kaki masuk umah, ex laki sila la balik rumah mak bapak nko

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.179039 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top