CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Lakukan Seks Dengan Budak Sampai Melahirkan Anak Tidak Dipenjara

6-3-2023 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1609| Komen: 4

Mahkamah memutuskan untuk tidak memenjarakan wanita yang mengaku melakukan hubungan seksual dengan remaja lelaki berusia 13 tahun.

Andrea Serrano, 31, dari Colorado, Amerika Syarikat didakwa Polis Fountain dengan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak tahun lalu.


Dia menghadapi pertuduhan serangan seksual selepas penahanannya pada 2022. Bagaimanapun, peguamnya membuat pengakuan dengan pendakwa raya yang memaksanya mendaftar sebagai pesalah seks tetapi menghalangnya daripada dipenjara.


News.com.au

Serrano menerima perjanjian itu, seperti yang dilaporkan.

Akibat hubungan berkenaan, wanita itu hamil dan melahirkan bayi selepas penahanannya tahun lalu.

Bagaimanapun, Ibu mangsa tidak berpuas hati dengan perjanjian itu.

"Saya rasa seperti anak saya 'dirompak' dari zaman kanak-kanaknya.

"Sekarang dia terpaksa menjadi bapa.

"Dia mangsa dan terpaksa lalui ini semua sepanjang hayatnya," katanya kepada KKTV.

Ibu itu juga berkata, jika jantina pesalah diterbalikkan dalam kes itu, tertuduh akan menghadapi hukuman yang lebih berat.

"Saya rasa jika dia seorang lelaki dan dia seorang anak perempuan kecil, ia pasti berbeza," katanya.

Memandangkan sumbang mahram ialah jenayah kelas empat di negeri Colorado, ia dijatuhkan kepada pertuduhan yang lebih ringan dalam kes ini.

Bagaimanapun, menurut laporan, Serrano boleh dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara seumur hidup berdasarkan 'percubaan pengawasan intensif pesalah seks' oleh hakim.

Perbicaraan akan disambung pada Mei.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 6-3-2023 02:41 PM
Naya flmy lelaki kena bela cucu plk lepas ni tp rsnya bdk zmn skrng kecik2 lg dh pandai dh bab2 seks ni
Quote shernazz 6-3-2023 04:05 PM
Kencing pompuan TU amboi2...
mcm sabit plak
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 04:23 PM
seriously,perempuan ni sakit mental
Quote SWORKS27 6-3-2023 04:33 PM
dulu2..zaman naif..selalu terbaca ayat mcm tu..
macamana dia rogol2 or main2 sampai terus beranak ???
bila dah akil Baligh dan ada ilmu asas seks..
ooo..baru paham..maksudnya...dia main tu berulang2...sampai cukup 9 bulan beranak la

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.029287 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top