CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sambut Tangan Pun Sebab Dia Hulur, Biadab Kalau Tak Salam" Alasan Sharifah Rose Pegang Tangan Lelaki

6-3-2023 01:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3332| Komen: 25

Sharifah Rose menjelaskan tindakannya bersalaman dengan artis daripada Thailand iaitu Bright Vachirawit kerana enggan bersikap biadab.

Aksi spontan Rose menyambut salam di sebuah acara produk penjagaan kulit baru-baru ini menerima kritikan netizen.


Jelas Rose, pada mulanya dia hanya melambai sahaja namun Bright menghulurkan tangan untuk bersalaman bagi menyambut lambaiannya itu.

Foto: IG

"Masa itu, saya hanya lambai saja tapi dia yang hulur tangan untuk salam. Saya rasa agak biadab jika tidak menyambut salamnya kerana dia mungkin tak tahu budaya kita kan.

"Jadi, saya sambut tangan dia sebagai menghormati la. Saya pun tidaklah berlebih-lebihan. Saya sambut tangan pun sebab dia hulur," katanya.




Rose berkata demikian ketika ditemui di Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 yang diadakan di Hotel ST Regis, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Rose, dia mengakui sudah terbiasa dengan netizen yang sentiasa ingin mempertikaikan setiap apa yang dilakukannya.


"Saya rasa, biasalah netizen semua benda nak pertikaikan. As long as (asalkan) bagi saya benda itu tak ada berlebih, hanya salam sebab menghormati saja," ujarnya.



Terdahulu, netizen menganggap tindakan Sharifah Rose bersalaman dengan artis Thailand itu tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 6-3-2023 01:56 PM
time covid reti pulak masing2 letak tangan kat dada ganti salam
Quote esbok 6-3-2023 02:04 PM
dah tgk org tu dgn sama jantina pun, gamak lagi kah mahu excited jumpa dia
Quote Lailawati 6-3-2023 02:17 PM
Dan2 cakap biadap kalau x sambut salam

Ai pernah org asing hulur tangan nk salam time reception
Hand gesture letak kat dada..elok je derang paham
Cakap je ko terlebih eksited, nyahhhh
senang cerita
Quote dudaberhias 6-3-2023 02:22 PM
yer yer je biadap kalau tak salam... padahal dah berair nak salam siap melopong mulut bila dapat salam...

cuba kalau yang hulur tangan tu tauke jambu, shuk sahar atau shuib... confirm ko buat2 tak nampak kan orang tu nak salam... kalau tersalam pun pakat2 cari sanitizer dalam handbag nak sanitize balik... yihhhh
Quote marchikobonzo 6-3-2023 03:28 PM
Kau tak payah nak layan netz je lah nok..
Quote Fly_over 6-3-2023 03:33 PM
ingatkan lufya punya statement lepas salam julia. sekali dia
Quote che-cikL 6-3-2023 03:37 PM
Meyeringai sampai ke gigi bongsu dapat salam.
Quote I.K.A888990 6-3-2023 04:40 PM
kau yg nampak mcm tergedik je
boleh je kau ckp sorry ke ltk tgn kat dada ke
Quote GegarVaganja 6-3-2023 05:23 PM
Kau tak belajar etika ke nyah.
Yang hulur tgn kena sambut tu perempuan je nyah.
Kalau laki yg hulur tgn kat perempuan, perempuan berhak untuk menolak.
Tapi kalau kau yang hukur tgn kat Bright tu, jantan tu wajib sambut tgn ko.

Quote Aneem 6-3-2023 05:45 PM
Bimbo kalau berckp mmg baghal2 je statementnya ya.
Bahloliah betul la.
Quote mojarean_X 6-3-2023 05:47 PM
Herlokk retis siam tu. Cuma kurus sgt
Quote anony-mous 6-3-2023 05:47 PM
Bab salam tu i can tutup mata, tp bab muka dia mcm nk terkoyak mulut tu i rengsa. Galak yakmat. Dia ni ada potensi jd andartu mcm zara zya
Quote chikumanis 6-3-2023 05:49 PM
Terdahulu, netizen menganggap tindakan Sharifah Rose bersalaman dengan artis Thailand itu tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung


mana ada bertudung...berserkup saja jah..ok la tu bersalaman dengan lelaki..bila lagi kan? artis thai kan, bukan senang jumpa... pembaris la ni
Quote lattehazelnut 6-3-2023 05:50 PM
Gamba biasa je.. video hensem ala keanu gitew..
Quote rosedemon 7-3-2023 09:04 AM
saripah rose ni ape bnda yg lawa xdkenan di mata aku
Quote heythere123 7-3-2023 10:26 AM
dan2 biadab kalau tepis

cakap je la mek rose yg kau memang salam jantan. Habis citer
Quote SherryZass 7-3-2023 10:33 AM
Lailawati replied at 6-3-2023 07:17 AM
Dan2 cakap biadap kalau x sambut salam

Ai pernah org asing hulur tangan nk salam time reception

Muka herlok chuolls. Kalau muka pecah rumah, kepam busuk..pasti dah lari jauh-jauh.
Quote slyfynx 7-3-2023 10:39 AM
Abis kalau die hulur anggota lain, kene jugak ke sambut dan pegang?
Quote pocongkiutss 7-3-2023 10:44 AM
Muka menyeringai tu nampak sgt cam excited

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.040357 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top