Mayat pelancong lelaki warga Korea ditemui di dalam bilik hotel di Jalan Coastal oleh seorang penghuni, jam 8.25 pagi semalam. Menurut sumber, penghuni hotel itu melalui ke biliknya dan melihat mangsa terbaring di lantai bilik hotel dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Ketika itu, pintu mangsa dalam keadaan terbuka dan ia terbuka sejak semalam. "Susulan itu, penghuni kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pekerja hotel," katanya. Sumber berkata, mangsa dipercayai mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersendirian pada 28 Februari lalu. "Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 10.15 malam, mangsa dilihat membuka pintu biliknya dan melihat ke arah luar bilik. "Selepas itu mangsa masuk semula ke dalam bilik tanpa menutup pintu biliknya. Tiada individu lain yang dilihat keluar dan masuk ke dalam bilik mangsa," katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Katanya, siasatan oleh pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa. "Hasil pemeriksaan di tempat kejadian juga tiada kesan pergelutan serta tiada sebarang kecederaan di tubuh mangsa dan tiada barang mangsa yang hilang. "Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut," katanya. Sumber: BH Online
|
kelapaparut replied at 6-3-2023 02:43 PM
ni kene pindah masuk board kisah seram.. maybe dia nmpk sesuatu atau pintu diketuk sseorg dia bukak ...
lee_sakura replied at 6-3-2023 04:10 PM
kt KKmmg ramai pelancong korea sbb sabah ada flight direct to korea guna jeju air...
dua_chzy replied at 7-3-2023 01:55 AM
Eh hello sis, hotel mana?
Kelmarin ja ada 2 berita death di hotel di Sabah ini akak baca. 1, kes n ...
ADVERTISEMENT