CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir Mati Ditinggalkan Di Lautan Bergelora, Suami Isteri Saman Syarikat Pengendali Snorkeling RM22 Juta!

6-3-2023 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2300| Komen: 24

Washington: Suami isteri Amerika Syarikat (AS) yang berbulan madu di Hawaii, menuntut AS$5 juta (kira-kira RM22 juta) terhadap sebuah syarikat pengendali snorkeling kerana meninggalkan mereka di lautan lebih sejam.


Menurut NBC News, kejadian itu berlaku pada September 2021, ketika Elizabeth Webster dan suaminya, Alexander Burckle, melakukan aktiviti snorkeling di Lanai, sebuah pulau kecil berhampiran Maui.

Dalam tuntutan Mahkamah Persekutuan yang difailkan bulan lalu, kedua-duanya memperincikan pengalaman pahit mereka yang mengerikan dan menyaman Sail Maui, sebanyak AS$5 juta kerana kecuaian dan menyebabkan tekanan emosi.


Gambar Hiasan

Mereka adalah antara 44 penumpang yang menyertai pakej snorkeling kendalian Sail Maui.

Dalam tuntutan mahkamah mereka, pasangan itu menyatakan kapten memaklumkan semua orang bahawa bot itu akan berlabuh di satu lokasi, selama kira-kira sejam, sebelum bergerak ke lokasi seterusnya.


Sepanjang lawatan itu, penumpang kembali ke bot pada masa berbeza.

Bagaimanapun, apabila pasangan itu mula kembali ke bot kira-kira sejam kemudian, air mula bergelora dan mereka mula berenang dengan lebih agresif ke arah bot.

Namun, selepas kira-kira 15 minit berenang, pasangan itu menyedari mereka masih belum tiba di bot dan melihat kedudukan bot itu lebih jauh dari mereka, berbanding kali terakhir lokasi ia berlabuh.

Menurut New York Post, apabila pasangan itu menyedari bot itu sudah tiada, mereka cuba terus bertahan dan membuat isyarat kecemasan, tetapi akhirnya mereka berada di dalam air yang lebih dalam dan lebih bergelombang.

Kedua-duanya mula panik dan bergelut untuk berenang dan bimbang akan lemas.

Bagaimanapun, pasangan itu akhirnya berjaya sampai ke pantai Lanai, namun mereka mengalami dehidrasi dan keletihan.

Pasangan itu menerima bantuan daripada seorang penduduk di pulau itu, yang memberi mereka air dan membenarkan mereka menggunakan telefon bimbit.

Webster kemudian menghubungi syarikat snorkeling dan cuba memberitahu mereka hilang dalam lawatan itu, tetapi kru kapal mendakwa semua penumpang mereka berjaya kembali ke bot pada masa kejadian.

Tuntutan itu juga menuduh kru salah mengira semua individu yang pulang dari snorkeling. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 6-3-2023 01:46 PM
Inaccurate headcount.
Tgk movie open water.
Based on true story.
Kna tinggal ngn bot jugak.
Quote prettyuglybabe 6-3-2023 01:46 PM
macam movie open water pulak..
Quote supernaturalee 6-3-2023 01:59 PM
Thunderclouds replied at 6-3-2023 01:46 PM
Inaccurate headcount.
Tgk movie open water.
Based on true story.

yes
ade gak tgk movie tu


ajer giler wey
x jumpa kan 2 laki bini tu
tp ada jaws yg dorg tangkap tu ada goggle or something from their belonging dlm perut ikan tu
kebarangkalian tu kena makan dh




Quote supernaturalee 6-3-2023 02:03 PM
Thunderclouds replied at 6-3-2023 01:46 PM
Inaccurate headcount.
Tgk movie open water.
Based on true story.

[youtube]X3Z-PSYT18M[/youtube]













Quote esbok 6-3-2023 02:12 PM
yang pelik juga, manusia2 yang dari satu bot tu, memang tak tengok kiri kanan ke
Quote mesmerize 6-3-2023 02:12 PM
scarynya.. penah aritu ai pergi maldives dia berenti tengah2 laut dalam suruh sapa2 nak pergi snorkeling tengok penyu terjun.. memang tidak la aku nak terjun.. baik aku duduk atas boat je.. dah la ombak agak kuat.. ada sorang yang terjun siap cramp kaki dia masa nak balik boat pastu dia buat isyarat mintak tolong.. nasib kami semua nampak n boatman pun terjun tolong dia..

back to topic, dalam kes kat maui tu sebab diorang ada banyak stop, so sesiapa nak turun kat certain area boleh turun n boat pickup later.. ini sangat bahaya sebab ahli2 rombongan yang naik satu boat pun tak pasti ko dah naik ke belum.. kalau macam ai pegi maldives tu, naik boat dari jetty sama2 terjun laut (siapa yg nak terjun) pun semua sama2, naik balik boat pun semua sama2 jadi cam la muka masing2 siapa dah naik ke belum..
Quote Thunderclouds 6-3-2023 03:03 PM
supernaturalee replied at 6-3-2023 02:03 PM

Skeri khuenss.
Org lain punya negligence, hilang nyawa.
Xpasal.
Quote cmf_PariS 6-3-2023 03:22 PM
sokong tuntut kaw2.. soal nyawa kot
Quote pekanwoohoo 6-3-2023 03:26 PM
At least dapat menang saman jadi kaya terus.
Quote she 6-3-2023 03:44 PM
Alang2 nak tuntut kan
Lemaskan spouse
Pastu tuntut lagi mahal
Kaya sensorang

Muahahahahahaha
Ni kalau plot twist lah
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 03:46 PM
banyak tu klu menang saman
Quote rogayahtop 6-3-2023 05:14 PM
kat malaysia pun ada yg  kena tinggal bot meninggal jugak kan.

akak lg rela duduk atas bot je. kalau dpt laki gila diving ni mmg ke mana2 pun nak tempat boleh dive. koser nok dr tgk ikan baik makan ikan sambil tgk sunset [em:3:].
Quote green~tea 6-3-2023 05:19 PM
Thunderclouds replied at 6-3-2023 01:46 PM
Inaccurate headcount.
Tgk movie open water.
Based on true story.

Oh.. nnti nak tengok la citer ni.. gilossssssss

Last week i tengok citer romantic comedy julia roberts & george clooney .. tajuk ticket to paradise...

Asal kesah centa ni sbb kena tinggal bot masa snorkelling jugak, tp dijumpai jejaka kacak penyelamat nyawa....  

Hihihihi... berangan is free
Quote green~tea 6-3-2023 05:20 PM
she replied at 6-3-2023 03:44 PM
Alang2 nak tuntut kan
Lemaskan spouse
Pastu tuntut lagi mahal

Banyak lagi pun kalo bahagi dua kan
Quote she 6-3-2023 05:22 PM
green~tea replied at 6-3-2023 05:20 PM
Banyak lagi pun kalo bahagi dua kan

Ekekekekekeke

Boleh travel donia
Quote cmf_premierleag 6-3-2023 05:24 PM
Kalo susah sgt nk headcount sbb bodoh maths sbb x reti mengira, takyah la angkut reramai
Ni mesti spesis tamak nk angkut reramai bagai
Quote sailormars 6-3-2023 08:35 PM
elok la tu saman...biar syarikat tu belajar dari kecuaian...mengira pun x pandai...
Quote Thunderclouds 6-3-2023 08:43 PM
green~tea replied at 6-3-2023 05:19 PM
Oh.. nnti nak tengok la citer ni.. gilossssssss

Last week i tengok citer romantic comedy julia ro ...

Tgk la chuols.
Movie bajet rahmah so kualiti agak hauk tp voley la layan santai².
Quote mojarean_X 6-3-2023 08:43 PM
Edited by mojarean_X at 6-3-2023 08:45 PM

Nasib baik pndi berenang

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.071105 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top