CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Main Telefon Buat Tak Tahu Anak-Anak Lasak Di Dobi, Seorang Dah Terkurung Dalam Mesin Baru Menggelabah!

6-3-2023 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2707| Komen: 24

Tular perkongsian di TikTok, mengenai detik cemas di sebuah dobi apabila seorang kanak-kanak terkurung di dalam mesin basuh.

Cerit Azura Sapari kepada mStar, sewaktu menguruskan pakaian untuk dikeringkan, kebetulan terdapat seorang lagi ibu di sana bersama empat anak yang turut menggunakan mesin basuh layan diri yang lokasinya tidak dinyatakan.


Sementara menunggu pakaian siap dicuci di dalam kereta, Azura melihat kanak-kanak berkenaan sangat aktif bermain tolak bakul tanpa ditegur oleh ibu mereka yang ralit bermain telefon.



“Saya masuk baju (dalam mesin) untuk keringkan, kemudian saya masuk kereta yang menghadap bahagian dalam dobi. Jadi masa dalam kereta saya tengok budak-budak tu berlari. Saya biar saja.

“Saya perasan mak dia tengok (guna) telefon. Saya tengok mak dia memang tak ada tegur atau buat apa-apa. Dalam hati saya ya Allah kalau anak aku ni tak tahulah.


“Saya perhatikan anak-anak dia. Salah seorang duduk atas kerusi, dua orang sedang bermain,” ujarnya.

Pada mulanya Azura melihat salah seorang anak wanita tersebut sedang bermain buka-tutup pintu mesin basuh.

Tetapi dia mula berasa bimbang apabila melihat si abang cuba mengangkat adiknya yang kecil untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.

“Ingatkan dia nak main buka tutup pintu saja. Tak terfikir pula dia nak masukkan adik dia dalam tu.

“Jadi saya pun (sambung) tengok telefon sebab masa tu saya tengah video call dengan suami. Masa pandang semula (ke arah dobi) eh ada adik dia dalam tu.

“Saya terus keluar dan beritahu salah seorang kawan lelaki yang ada dekat dobi tu. Kawan saya pun terkejut masa tu. Selepas anak dia sendiri turut terkejut, barulah ibunya perasan kejadian tu,” katanya.

Jelas Azura lagi, wanita itu lantas memarahi anaknya dianggarkan dalam lingkungan usia empat hingga lima tahun sebelum cuba menelefon pemilik dobi tersebut.

Mujurlah tiada sesuatu yang buruk terjadi dan mesin basuh yang terkunci itu boleh dibuka semula dengan selamat, cuma anaknya keluar dalam keadaan berpeluh akibat terkurung.

“Mulalah mak dia menggelepar cari telefon sampai terketar-ketar nak call. Ada juga yang cuba cari spanar untuk ketuk (pintu).

“Masa tu kita risau oksigen kurang ke apa. Lepas si ibu call tuan kedai barulah dia suruh tutup plug. Selepas beberapa minit pintu boleh dibuka,” imbas Azura lagi.


TikTok Azura

Tegas Azura, dia berharap agar kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memantau anak khususnya saat berada di tempat awam.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 6-3-2023 01:49 PM
biasa kalau hp berjahit kat tangan ni, mesti ada amik video..
nak nak dari awal dia tengok bebudak tu main macam tu..
takat cerita gini, macam bau hasanah di kedai dobi..
Quote Tokeybundle 6-3-2023 01:59 PM
Nape x rakam.kami nak bukti.senang nak kecam
Quote likilu 6-3-2023 02:00 PM
Bawak anak anak gi kelantan makan kat kedai dengan cikgu ayu
Quote sepiITUindah 6-3-2023 02:03 PM
Edited by sepiITUindah at 6-3-2023 02:05 PM
likilu replied at 6-3-2023 02:00 PM
Bawak anak anak gi kelantan makan kat kedai dengan cikgu ayu

tunggu ecrl siap..boleh balik hari
Quote lattehazelnut 6-3-2023 02:06 PM
prettyuglybabe replied at 6-3-2023 01:49 PM
biasa kalau hp berjahit kat tangan ni, mesti ada amik video..
nak nak dari awal dia tengok bebudak t ...

Bukan berita pelik sgt pun.. tiap tahun kuar berita camni..
Quote cikatilia 6-3-2023 02:19 PM
sabo aje dgr video dia...  tp ok la dia pikir nak selamat aje bukan rakam.. nanti rakam aje pon org bising.. rakam aje bukan nak tolong
Quote venom1 6-3-2023 02:25 PM
mujur tak ada syiling utk pusingkan mesin tu..kalau tak keluar Harian Metro esok.
Quote _blackbird 6-3-2023 02:28 PM
takpa lah... buat anak kan seronok dan percuma. bonus point kalau anak kecik lagi mati, boleh tarik mak pak ke syurga. apa ada hal
Quote SWORKS27 6-3-2023 02:33 PM
x de video x pecaya..konten je semua ni
Quote nakkomenjugak 6-3-2023 02:42 PM
dulu kat murica pun ada kes gini
jenis nak anak mati cepat
Quote Honey_Inara 6-3-2023 03:23 PM
Ibu bapa zaman kini..
Lagi satu, Tengah drive pun tengok telefon..
Quote makita 6-3-2023 03:42 PM
Meols pnh jumpa mak yg mmg x peduli anak kecik2 ni. Hahaha hp berjahit. Anak no 1 kene jaga adik no 2. Patu bila dpt anak no 3..anak no 2 jaga anak no 3. Patu lama sket dpt anak no 4..anak no 3 lak kene jaga. Ni jga yg mcm tidokan adik..buat susu...mandikan adik, siapkan baju n bedak suma. Hahhah..tapi claim kat somi 1 anak RM1k elaun..mmg dapat! Sebulan dpt 4k lom lagi nafkah lain. Untung la
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 03:54 PM
mmg makin ramai parents yg cuai skrg...
Quote rogayahtop 6-3-2023 05:19 PM
merata2 makmak cenggini. kalau penculik nak culik betul2 pegi jelah kedai dua ringgit, kedai bundle tu penuh budak2 berlari ke sana kemari mak bapak sebuk menyelam.katanya.
Quote lattehazelnut 6-3-2023 05:21 PM
makita replied at 6-3-2023 03:42 PM
Meols pnh jumpa mak yg mmg x peduli anak kecik2 ni. Hahaha hp berjahit. Anak no 1 kene jaga adik no  ...

Manenye anak no 1 jaga semua adik2
Anak no 1 3rd parent cik kak..
Quote hasniey 6-3-2023 05:52 PM
Dia xrakam sbb tgh vc dgn husband kan
Quote hasniey 6-3-2023 05:54 PM
Honey_Inara replied at 6-3-2023 03:23 PM
Ibu bapa zaman kini..
Lagi satu, Tengah drive pun tengok telefon..

Ni perangai abg ipar ai..smbil drive hp tu bukak movie la bola la berita la..mcm la xboleh tgu smpai rumah.kalau ai ada mmg ai amik,tutup hp dia.scary oii naik kereta dgn org mcmni
Quote anony-mous 6-3-2023 06:13 PM
Sebenarnya ko dah tau benda tu nk jd kan? Tp acah sambung tgk phone sbb xnk masuk campur
Quote uori 6-3-2023 06:17 PM
ramai je makpak macam ni sekarang. asal keluar je mesti akan jumpa punya. bengap campur benak

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.161468 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top