CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bahagia Kongsi Suami, Adira Suhaimi Tayang Mesra Jalan Pegang Tangan Dengan Madu

6-3-2023 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7000| Komen: 62

Adira Suhaimi berkongsi videp bersama madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau dikenali Datin Red.

Difahamkan mereka hadir ke sebuah majlis pertunjukan fesyen yang menampilan kemunculan pertama anak sulung Datuk Red di atas pentas peragaan.


Foto: TIKTOK

“Hari itu post video lelaki (suami). Hari ini video madu. Screetshot (tangkap layar) cepat,”tulis Adira.

Sementara itu di hantaran Datin Red pula menyatakan dia sangat sayang akan madunya dan berharap dapat pelihara hubungan akrab.


“Alhamdulillah, semoga Allah SWT menjaga hubungan ini. Kepada maduku yang cantik, saya sayang awak dunia akhirat,”tulis Datin Red.


Datin Red turut menitipkan ucapan tahniah buat anak sulungnya, Awin atas kemunculan pertama di pentas peragaan.

Di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan hubungan akrab yang ditunjukan oleh Adira bersama madunya.



Mereka juga mengatakan kemesraan yang terjalin antara kedua-dua isteri tersebut adalah berdasarkan kepayahan seorang suami menjaga keharmonian rumah tangga.

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

Adira merupakan isteri kedua, manakala perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima cahaya mata.

Sebelum itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah lima tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu berusia 22 dan 17 tahun.  Secara keseluruhannya, Datuk Red memiliki 10 orang cahaya mata. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayalala 6-3-2023 01:40 PM
mane ig laki deyolss yer?/lama dah xnampak ig deyolsss....tp anak datin red tu seksi sangatt..
Quote Raline 6-3-2023 02:03 PM
[V] Muat Naik Video Pimpin Tangan, Ramai Puji Adira Dan Datin Red – “Kami Boleh Seakrab Ini…”


Madu kepada Adira Suhaimi, Datin Red atau nama sebenarnya Syarifah Nor Shafila pada Ahad telah memuat naik video mesranya berpimpin tangan dengan penyanyi itu.

Menerusi ruangan kapsyen, Datin Red mengucapkan rasa syukur dan tidak sangka hubungan hubungan mereka kini akrab.


Adira dan Datin Red di Fashion Fest anak tiri Adira.

“Alhamdulillah, semoga Allah SWT sentiasa menjaga hubungan ini. Sejujurnya menaip sambil menangis, kami boleh seakrab ini. Sayang kamu dunia akhirat Adira Suhaimi,” tulisnya.

Pada hantaran tersebut, kedua-dua isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu itu kelihatan anggun dalam persalinan sedondon, berwarna hitam.

Difahamkan kedua-dua mereka hadir memberi sokongan kepada anak Datin Red, Awin Awani, yang juga model ‘cat walk’ dalam sebuah pertunjukan fesyen.

Sementara itu Adira dilihat telah memuatnaik semula (repost) hantaran Datin Red ke akaun Instagram (IG)nya sambil mengucapkan terima kasih madunya itu.

“Tak reti sangat nak cakap berbunga-bunga ni. Tapi sis cuba lah ya. Kepada kesayangan saya Datin Red, terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai sebagai sebahagian daripada hidup akak (kakak). Semoga Allah menjaga hubungan ini,” katanya.

Selain itu Adira turut menitipkan ucapan tahniah kepada anak tirinya, Awin.

[tiktok]7207262828602936582[/tiktok]


“Tahniah sayang Awin Amani. Ami sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak. Ami tahu kakak boleh pergi jauh lagi. Keep doing what you doing!,” tulis Adira memberikan kata-kata semangat.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji hubungan Datin Red dan Adira dan berharap agar hubungan mereka kekal akrab.

” Ya Allah, kekalkan hati mereka seindah ini. Hiasi jiwa mereka berdua dengan ukhuwah kerana Mu ya Allah. Mereka berdua bertemu atas takdirMu. Amin ya rabbal alamin.”

”Dua2-dua wanita baik, dua-dua cantik, dua-dua Allah kurniakan hati untuk saling menerima dan memaafkan. Semoga hubungan baik ini berkekalan sampai bila-bila.”

” Alhamdulillah, semoga silaturahim dan kasih sayang Adira dan Datin Red berkekalan hingga ke Jannah, Aamiin.”



”Untuk yang nombor dua, sila la contohi Adira. Tak over, tak terlalu menunjuk, masing-masing jaga hati perasaan. Sebab tu boleh ada hubungan baik macam ni.”

Antara komen yang ditinggalkan pengikut kepada Adira dan Datin Red di IG.

Adira berkahwin dengan Adnan yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.



Adira bersama 3 orang anaknya bersam Dato Red.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata. – BOOM!





Sumber: https://www.boom-malaysia.com

Quote vanillaninja 6-3-2023 02:49 PM
Dah berbaik dah theyols? Alhamdulillah
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 02:52 PM
aku susah nk percaya dgn dunia sosial media yg  tipu2 ni
Quote KBW2 6-3-2023 02:52 PM
halah halah halahhhhhh
Quote red_velvet 6-3-2023 02:56 PM
Edited by red_velvet at 6-3-2023 03:00 PM

Awal2 dulu berharuk jugqk.  Even berapa minggu sudah tinred ni jawab soalan follower ig yang tanya pasal dia ok ke hidup bermadu? Dia dgn tokred ok ke? Dia jawab dia serah semua kat Allah je. Kalao tokred menganiaya dia ngan anak2 biar Allah balas kt akhirat sok.   Dia da malas nk amek pusing dah tergolek terlentang ke apa ke.. dia dah main Allah2 je skarang ni .. ni dia jawab aritu... Btw ayat yg keluar dari molot tin ni pun sama macam laki dia . ...Very the rempitsssss....  Tapi apapun aku puji jgk adira ni , dia tau limit dia.. gakde gambo ke bidio suwit2 dgn tok bured  tu.. pqndai amek hati bini tua.. she nampak lulembut hati n mudah dibentuk jugak
Quote orkidorkido 6-3-2023 03:00 PM
Elok la kalau gitu
Quote dudaberhias 6-3-2023 03:01 PM
takpelah kalau gitu... jangan hujung2 macam miera liyanaq serba bangkrap...
Quote marchikobonzo 6-3-2023 03:30 PM
La ni dah elok la..ingat lagi dulu kemain tinred perli2 si adira ni
Quote Aneem 6-3-2023 03:32 PM
Kalau aku jadi no 1 mcm datin tu pun aku nak bersenang lenang saja. Dgn syarat bulan2 nafkah 30-50k masuk acc. Laki tu biau le bini muda jaga. Baik g shopping dan liburan.
Quote ihtisyam1 6-3-2023 03:36 PM
awal awal dulu berpegang tangan , jalan seiring ke?..... xde kannnn halah halah
Quote minguk 6-3-2023 03:55 PM
semoga terus baik hingga ke jannah
Quote Fazzbulous 6-3-2023 04:01 PM
baik dah ya..ritu mak @ pak madu adira meninggal,adira ni yg teman kn dia..alhamdulillah...adira pn tau limit dia mcmane...baik mcmane pn,hati perempuan kan..tetap akan ada perasaan jealous...
Quote afie_m 6-3-2023 04:04 PM
semoga sentiasa baik2 untuk dia org..
Quote abangadek 6-3-2023 04:13 PM
Tin red nk meroyan biarlah i layan ja q&a dia tu santai2.. dia ada hak untuk meroyan kot udah lakinya disondol mestilah sakit hati kan.. adira pn bagus ja tak show off laki pn.. bt hal dia dgn anak2 ja
Quote awenda507 6-3-2023 05:23 PM
moga berkekalan la berbaik sesama madu ni
Quote Dodod 6-3-2023 08:21 PM
Mungkin sebab mereka nmpk usaha suami tu nk membaikkan keadaan..
Quote lyshafull 6-3-2023 08:24 PM
Yg pentg dua2 kene gigih crik duit sndiri
Quote winky1 6-3-2023 08:50 PM
Alhamdulillah

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.111485 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top