Kuala Lumpur: Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar memaklumkan dua ceramahnya di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini dibatalkan. Beliau yang dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar berkata, dua lokasi itu ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung Karang, Selangor.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab pembatalan ceramah berkenaan. "Dimaklumkan bahawa semua ceramah al-Fadhil Ustaz Wadi Annuar bertempat di Negeri Selangor telah dibatalkan. "Manakala ceramah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dijalankan seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali," katanya menerusi perkongsian di Facebook. Sebelum ini, kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang dijadualkanp ada 26 Februari di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong juga dibatalkan.
Menurut Facebook rasminya, Kuliah Maghrib Perdana UAI itu terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). JAIS kemudiannya mengesahkan UAI tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri ini. -CARI Sumber: Harian Metro
|
matjerk replied at 6-3-2023 01:39 PM
Heran aku.. pak2 ustad ni ajar kita hidup kena ada keberkatan... kena ikut rules.. dia sendiri tak i ...
CatMiow replied at 6-3-2023 01:44 PM
Ada beza tak kalau memang tak de tauliah dan tempoh tauliah dah habis?
Bukan ke tauliah ni ada tem ...
Cyempaka replied at 6-3-2023 02:35 PM
Selangor je.. KL Putrajaya xde masalah. Ustaz2 kaya ni xkisah pun.. Nanti derang cakap, derang xrugi ...
ADVERTISEMENT