CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JKM Selamatkan 4 Beradik Kebuluran- Ibu Lari Sampai Sekarang Tak Muncul, Hanya Tinggalkan RM2

6-3-2023 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2767| Komen: 34

Pasir Gudang: Ibu kepada empat beradik yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas dipercayai menjadi mangsa pengabaian di Taman Air Biru, di sini, masih gagal tampil bagi membincangkan masa depan anak-anaknya.


Pegawai JKM Daerah Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, wanita berkenaan gagal tampil mahupun menghubungi pihaknya sejak anaknya diselamatkan pada Jumaat lalu.

Menurutnya, sehingga kini kanak-kanak berkenaan masih berada di wad di Hospital Sultan Ismail (HSI).


Foto: Harian Metro

Katanya, mereka didapati dalam keadaan sihat dan dalam pemantauan doktor.

"Kami berharap wanita itu datang ke Pejabat JKM bagi membincangkan masa depan anaknya.

"Kami mahu mendapatkan penjelasan dan maklumat terperinci berkaitan perbuatannya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada ibu empat beradik berkenaan bagi tindakan sesuai.


Beliau berkata, polis akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi penelitian.

"Polis membuka kertas siasatan di bawah kes pengabaian kanak-kanak.

"Empat beradik berkenaan masih di hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan empat beradik berusia antara lima hingga 13 tahun kebuluran empat hari selepas ibu mereka berusia 31 tahun gagal pulang ke rumah.

Wanita berkenaan juga hanya meninggalkan RM2 bagi kegunaan anak-anaknya.

Kanak-kanak berkenaan bukan saja terputus bekalan makanan malah bekalan elektrik di kediaman mereka juga dipotong akibat tunggakan bil.

Mereka yang menjalani kehidupan serba kekurangan termasuk kebuluran akibat terputus bekalan makanan selama empat hari diselamatkan JKM.

Tindakan diambil hasil aduan diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia.

Mengikut pengaduan, empat beradik yang berkenaan didakwa hidup tanpa penjagaan di Blok 59, SEDC, Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mariane 6-3-2023 01:02 PM
Dah macam cerita the strays.
Quote cikatilia 6-3-2023 01:14 PM
kesiannya... anak2 dibiar gitu
Quote Kitty_catz 6-3-2023 01:19 PM
takkan mak aje kena? bapak nya mana?
Quote ninja boy 6-3-2023 01:39 PM
Mana bapak, anak buang2 macam buang kucing
Quote noor2 6-3-2023 01:44 PM
Sampai hati mak dia
Quote nakkomenjugak 6-3-2023 02:43 PM
baya2 iol je mak nya
kawen muda
ko dah kenapa nokkkkkkk
dah penat jadik mak keeeeee
Quote green~tea 6-3-2023 02:45 PM
Indon ke meleis

Kat pasir gudang pengerang nun banyak perkampungan haram indon
Quote cmf_PariS 6-3-2023 02:47 PM
jkm jaga je la.. takan nk bg balik kt mak nye kalau dh mcmtu di abai?
Quote kelapaparut 6-3-2023 02:48 PM
bpknye mcm mane, xdgr kisah pun, tau renjis renjiskan benih je kat klitoris mak nye
Quote vanillaninja 6-3-2023 02:54 PM
mariane replied at 6-3-2023 05:02 AM
Dah macam cerita the strays.

I tak faham ending movie tu. Sheols lari sekali lagi ke?
Quote shernazz 6-3-2023 04:04 PM
Amboi2..mak ayah nya mana ni?
Harap2 anak2 dok je dgn jkm
Buat tak Tau je kat depa TU...
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 04:17 PM
kesian....jenis parents x guna!
Quote rogayahtop 6-3-2023 05:29 PM
single mom ni boleh mintak bantuan kariah kan? kalau dkt selangor ni  mmg ada bantuan utk single mom. sedihnya lah maknya pun kalau desperate  jangan tinggalkan anak gitu je.
Quote cmf_premierleag 6-3-2023 05:37 PM
Ke mak dia dh mati???
Ke spesis mental halimunan?
Saja lepas tanggungjawab?
Quote jazaa100 6-3-2023 05:40 PM
rogayahtop replied at 6-3-2023 05:29 PM
single mom ni boleh mintak bantuan kariah kan? kalau dkt selangor ni  mmg ada bantuan utk single mom ...

Indon kot.....

Klu mintak bantuan, nati kantoi tak de permit
Quote krustykrab 6-3-2023 05:43 PM
jazaa100 replied at 6-3-2023 05:40 PM
Indon kot.....

Klu mintak bantuan, nati kantoi tak de permit

Geng² friskies la ni...
Tak payah la jkm nk jaga, htr je ke kedutaan. Pandai² la diorg cari waris kat sana.
Quote nazurah 6-3-2023 05:45 PM
Kalau jiran2 baik boleh aje bantu tp kalau dah sama2 dok flat PPR ni pun bukan kaya pun depa ni. Kalau omaknya lari moga balik la semula kesian kat anak2 tapi kalau omaknya pi kerojer pastu eksiden mati… alahai kesiannya.
Quote mariane 6-3-2023 07:11 PM
vanillaninja replied at 6-3-2023 02:54 PM
I tak faham ending movie tu. Sheols lari sekali lagi ke?

sheols lari naik grabfood rider tu. masa die turun nak bayar pizza tu pon dh boleh agak die nak lari sekali lg tinggalkan anak-anak die.
Quote Skuau 6-3-2023 07:17 PM
gue tinggal kasi malezia orang jaga pak,bagi makan,minum,tempat tggl percuma..gue doa mereka jugak bisa dpt ic- gue indon

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.140754 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top