CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tumbuk, Tendang Penghuni Kondominium: Sharnaaz Ahmad Akan Kemuka Representasi Gugur Tuduhan

6-3-2023 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 682| Komen: 3

Sharnaaz Ahmad akan mengemukakan representasi bagi menggugurkan pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut Jun tahun lalu.

Peguam, Datuk Abu Bakar Isa Rahmat berkata, pihaknya akan memfailkan perkara itu dalam tempoh dua minggu selain memohon bond sebagai alternatif kepada representasi yang dikemukakan kepada pihak mahkamah.


Foto: IG

"Draf representasi telah pun siap dan kami akan masukkan beberapa maklumat penting termasuk meminta kes tersebut ditarik dan secara alternatif kami memohon satu bond jika dibenarkan.

"Jika mahkamah tidak bersetuju dengan representasi ini kita akan mohon satu tarikh untuk bicara," katanya kepada mStar.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur menangguhkan kes tersebut pada 5 Mei depan bagi proses serahan dokumen.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, ketika ditemui media berkata dia memahami proses mahkamah yang mengambil masa lama tambahan pula pernah berpengalaman ketika proses penceraiannya dengan bekas isteri, Noor Nabila tiga tahun lalu.


"Proses mahkamah memang lama sebab saya pun pernah bercerai sebelum ini jadi saya tahu proses mahkamah mengambil masa.

"Kita kena faham bukan saya seorang sahaja hakim itu nak layan. Jadi kita ada masa, tarikh dan prosedur yang perlu diikut," katanya kepada mStar.

Sharnaaz yang tampil berbaju kemeja biru cair tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.15 pagi ditemani dua orang peguam.

Pelakon itu kelihatan tenang dan sempat menyapa petugas media yang merakam dirinya ketika berjalan masuk ke mahkamah.

Pada 18 Januari lalu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2,000.

Sharnaaz didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum maksimum penjaran setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 6-3-2023 01:08 PM
harap2 selesai kan lah mamu sabut nyoq oiii...
macam mana kak nab nak kembali kepada mu kalau kes ni masih berjalan...

len kali jangan nak membaran kulu kilir, dah jadi bapak orang dah pun...

satu lagi tolong lah buang sabut nyoq kat muka tu... buat penat jah nak kena kopek mengopek nak cari mulut untuk comolot... choiiii! baik iols pergi kopek nyoq, perah santan... kurang2 boleh buat nasi lemak...
Quote Burong_Hantuk 6-3-2023 03:38 PM
moga merasa ddk kat dalam penjara...berlagak samseng..phuiii
Quote rosedemon 7-3-2023 09:01 AM
diamla ko semak

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.037180 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top