CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tikam 3 Orang Sebab Bengang Dipanggil Ajumma

6-3-2023 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1004| Komen: 5

Seoul: Seorang wanita Korea Selatan bertindak menikam tiga orang penumpang kereta api bawah tanah akibat bengang dipanggil 'ajumma'.

Polis mengesahkan, wanita itu mengaku menikam mangsa selepas seorang individu memanggilnya dengan gelaran itu.


Suspek, didakwa mencederakan dua wanita berusia 60-an dan seorang lelaki berusia 50-an di dalam kereta api yang dalam perjalanan menuju ke Stesen Jukjeon di bandar Yongin, wilayah Gyeonggi.

Foto: AFP

Salah seorang mangsa memerlukan pembedahan, namun tiada kecederaan yang membawa maut.

Menurut polis kereta api bawah tanah Korea Selatan, suspek sedang bercakap melalui telefon apabila salah seorang daripada dua wanita itu (mangsa) memintanya merendahkan suaranya sambil memanggilnya 'ajumma' hingga menyinggung perasaannya.
Advertisement

Polis sedang mencari bukti untuk mendakwa tertuduh melakukan keganasan khas ke atas orang lain.


Sama seperti serangan teruk, pertuduhan ini boleh dibuat apabila kecederaan dilakukan melalui senjata maut atau kuasa kolektif dan boleh dihukum penjara satu hingga 10 tahun.

Malah, membawa senjata juga tertakluk di bawah Perkara 42 Akta Keselamatan Kereta Api.

Walaupun perkataan 'ajumma' atau 'ajumeoni' adalah cara biasa yang merujuk kepada wanita pertengahan umur, namun ia dikaitkan dengan konotasi negatif dalam kalangan orang Korea.

Pakar kajian wanita berkata, 'ajumma' dikaitkan dengan corak tingkah laku stereotaip yang diejek secara meluas dalam masyarakat Korea, termasuk dilihat sebagai agresif dan mementingkan diri sendiri atau dianggap kurang kewanitaan.

"Ini diburukkan lagi oleh masyarakat kurang menghormati pekerja yang terbabit dalam kerja rumah dan penjagaan anak," kata pakar itu.

Dalam pada itu, ibu berusia 47 tahun yang tinggal di Seoul, Min Yu-ri berkata, panggilan 'ajumma' itu sangat sensitif berbanding isu berkahwin atau tidak ada anak.

"Dipanggil 'ajumma' bermakna kehidupan anda sebagai 'agassi' (wanita muda) berakhir dan anda berada dalam wilayah wanita pertengahan umur yang tidak menarik," katanya.

Penggunaan perkataan itu juga mencetuskan pelbagai kontroversi misalnya pada 2021, calon datuk bandar Seoul ketika itu Ahn Cheol-soo dari Parti Rakyat yang kini dibubarkan, dikecam apabila merujuk lawannya Park Young-sun dari Parti Demokratik Korea sebagai 'ajumma' yang mempunyai apartmen di Tokyo.

Selain itu, mahkamah tempatan pada 2019 mengekalkan keputusan tentera Korea untuk menggantung seorang kolonel, mengatakan rujukannya kepada bawahan wanita sebagai 'ajumma' mempunyai implikasi yang menghina. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 6-3-2023 12:06 PM
jnis ckp tepon non stop pastu kuat sama mcm pati klu naik tren @ bas mmg slalu jmpe..aku ckup menyampah
Quote mesmerize 6-3-2023 12:11 PM
oh aku ingatkan ahjumma tu maksudnya "makcik"

tapi pompuan mmg sensitp ngan gelaran nampak tua ni.. ada sesetengah orang dipanggil "Kak" pun dah berangin. Apatah lagi Makcik
Quote rogayahtop 6-3-2023 05:59 PM
akak perasan cashier2 kalau gempal2 tu  mmg cukup suka panggil org makcik.

makcik akak punyala menyampah dgn sorang cashier kat ninso spesis timbang kilo badan pun gempal dok panggil org makcik padahal dia pun pangkat makcik. sampai sanggup beratur panjang kat lane sebelah [em:9:]

Quote dani-rox 6-3-2023 06:14 PM
akak pun pernah dipanggil makcik oleh pompuan tua kat supermarket. akak panggil dia makcik balik. muka cengkung, mata penuh kedut, takda gigi ada hati bermakcikkan ai yg vogue dan penuh kolagen nih.

Quote rosedemon 7-3-2023 08:47 AM
ajuma ajuam ajuma

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.076415 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top