Seorang rakyat Malaysia yang nyaris menjadi mangsa 'pickpocket' atau penyeluk saku ketika berada di Oxford Street, London, pada Khamis. Mangsa yang dikenali sebagai Izz Akram, 33, kejadian berlaku ketika dia bersama rakan-rakannya keluar dari sebuah kedai dan sedang berjalan kaki menuju ke sebuah premis berdekatan.
"Masa tu kami bertiga baru keluar kedai, beli barang sikit. Biasanya pouch diletakkan dalam jaket. Tapi saya baru keluar kedai dan sedang berjalan ke sebuah kedai berdekatan. Jadi malas la nak letak dalam jaket. "Ketika berjalan, saya rasa macam ada orang pegang beg. Rasa orang sentuh. Itu yang saya pandang sebenarnya. Percubaan pertama belum kantoi. Masa tu dia (pelaku) baru buka zip beg saya dan dia ke belakang. Dalam percubaan kedua, dia cuba ambil duit tapi saya perasan. "Terus saya tanya dia, adakah awak cuba ambil sesuatu? Jadi dia 'blah' ke belakang. Masa tu baru perasan mereka ada lima orang. Alhamdulillah, duit dan pasport saya selamat. Dia cuma sempat ambil dokumen tak penting saja," ujarnya kepada mStar.
Senang disapa Izz, perunding takaful itu berkata dia tidak menyangka detik berkenaan sempat dirakam oleh salah seorang rakannya menerusi kamera 360 darjah Insta360. "Kami memang bawa kamera Insta360 tapi tak selalu guna. Tapi kebetulan waktu itu, kami keluarkan untuk rakam video sekitar. Tak sangka pula berlaku kejadian ini. Pada masa tu, kawan saya yang pegang kamera. "Video memang jelas. Mat salih London pun ramai yang reply dan direct message (DM) selepas ia viral. Mereka kata perempuan yang sama dah terlibat dalam banyak kes di sana. Ramai dah terkena," ujarnya. Menurut Izz yang berangkat ke London untuk bercuti sejak minggu lalu, menjadi mangsa penyeluk saku bukanlah pertama kali menimpa dirinya. Imbas Izz, dia pernah menjadi mangsa penyeluk saku sebanyak dua kali di Paris (Perancis) dan Amsterdam (Belanda) pada 2017. "Sebelum ini pernah kena di Paris ketika saya beli pastri di tepi jalan. Tapi kes ini agak rare. Saya tengah buka beg duit, dia lalu dan terus ambil duit. Saya rugi dekat RM7,000. "Pada tahun sama juga, ada orang menyamar jadi polis di Amsterdam. Mereka tahan saya dan minta nak periksa beg sekiranya ada bahan terlarang. Masa tu macam kena pukau. Lepas beberapa minit baru perasan, masa tu rugi dalam RM800," imbasnya lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
lurve82 replied at 6-3-2023 02:05 PM
semoga pickpocket dan scammer xnmpk iols dan family ios...bln depan nak pegi dah...aduhai
midori888 replied at 6-3-2023 02:29 PM
Hati2 uols....better guna travel money belts, letak dlm baju... meols kalu travel simpan duit cash ...
lurve82 replied at 6-3-2023 02:53 PM
iols dh dpt kad wise...3 cc dan debit jgk...baju singlet zip dkt dlm tu pun dah beli...iols mcm me ...
midori888 replied at 6-3-2023 03:14 PM
Uols nak gi mana? Passport simpan kat hotel jer kot? Tak perlu bawa merata....bukan ada org nak ch ...
lurve82 replied at 6-3-2023 03:20 PM
drive pusing europe...passport semua dh siap scan..masuk dlm gd...walau xperlu declare barg pun io ...
kucingitam replied at 6-3-2023 03:22 PM
apsal kamera dia dari depan mcm ada cameraman je..
midori888 replied at 6-3-2023 03:41 PM
Wahhh bestnyer...nampak mcm uols dah well prepared...enjoy your trip nanti....
Meols tak confirm ...
lurve82 replied at 6-3-2023 03:55 PM
lepak2 swiss ok juga tu uols...iols xpernah lg rasa spring..ni baru la nak raso....tgk bunga2...
_kelly replied at 6-3-2023 03:55 PM
insta 360 mmg mcm tu..perasan tak abg pakai spek tu mcm genggam tangan tu tengah pegang stick came ...
midori888 replied at 6-3-2023 03:41 PM
Wahhh bestnyer...nampak mcm uols dah well prepared...enjoy your trip nanti....
Meols tak confirm ...
lurve82 replied at 6-3-2023 03:55 PM
lepak2 swiss ok juga tu uols...iols xpernah lg rasa spring..ni baru la nak raso....tgk bunga2...
green~tea replied at 6-3-2023 04:14 PM
Bernina best... slow mo train from tirano to chur.. lalu lake como.. cantik betol..
Kitorang pun ...
midori888 replied at 6-3-2023 04:01 PM
Spring best....tak perlu nak pakai jacket segala....
ADVERTISEMENT