Ramai mula menunjukkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan kandungan dalam filem Mentega Terbang yang menjadi bualan hangat. Menurut Murai, selain peguam, Zabidi Mohamed yang menyelar filem itu di laman Facebooknya kerana mempersendakan agama Islam, penyanyi rap Caprice juga meluahkan rasa bimbangnya terhadap kandungan dalam filem tersebut.
Ekoran itu, peguam mewakili pasukan Mentega Terbang menghantar notis tuntutan kepada Zabidi bertarikh 3 Mac yang antara lain memintanya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadap pasukan filem terbabit yang tidak benar dan berniat jahat. Perkara ini turut mendapat perhatian Caprice yang meluahkan rasa kecewa tindakan produksi filem itu kerana 'tak makan nasihat'.
Malah, ada netizen menganut agama Kristian meluahkan rasa terkejut dengan kandungan dalam filem Mentega Terbang di ruang komen itu. Sebelum ini, tular babak watak utama, Aisyah mahu memakan daging babi dan dibenarkan bapanya untuk meninggalkan Islam bagi memeluk agama lain. Filem arahan Mohd Khairi Anwar Jailan diterbitkan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment itu menampilkan Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper dan Jesebel Lee. - CARI |
arffa replied at 6-3-2023 10:11 AM
mujur la tak tayang kat arus perdana, since aku takde langgan VIU maka tak ingin nak tonton. cerita ...
prince_marhaen replied at 6-3-2023 02:18 AM
biasanya yang set-set melayu muslim yang acah urban liberal ni mostly jenis yang kepam-kepam kekonon ...
LostStar replied at 6-3-2023 02:18 AM
ini keluar kat viu ke?
nak tgk sat la..
anilanil replied at 6-3-2023 02:50 AM
Harap script writer byk buat homework & jgn syok sendiri. Melayu kalo mkn babi, dok diam2. Melayu ka ...
arffa replied at 6-3-2023 10:11 AM
mujur la tak tayang kat arus perdana, since aku takde langgan VIU maka tak ingin nak tonton. cerita ...
lightheaded67 replied at 6-3-2023 10:26 AM
nyampah pulak baca sinopsis nyer lopek no ommelayu yg dia gambr kan dlm filem, kebulur nk makan babi ...
kucingitam replied at 6-3-2023 11:26 AM
hahaha menggelupur marah sbb nak makan babi..yang bnyk togok air haram di dunia nyata ni tak peras ...
lightheaded67 replied at 6-3-2023 11:57 AM
siapa yg marah nyah mmg penceritaan style kepoh2 gini? buat ape lahhh ai nk heran bukan ai yg mino ...
kucingitam replied at 6-3-2023 12:01 PM
aku bukan ckp kau yang menggelupur marah..hahah.. org lain yg komen2 tu hah..
sorry la kalau salah ...
ADVERTISEMENT