CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Orang Guna Nama Faizal Hussein Di TikTok, Siap Ajak Wanita Kahwin!

4-3-2023 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1386| Komen: 1

"Baru-baru ini ada orang menyamar jadi diri saya di TikTok kemudian bila sudah ramai pengikut, dia jual akaun tersebut."

Faizal Hussein, 56, mendedahkan perkara itu berkata, dia mendapat tahu mengenai perbuatan individu berkenaan selepas menerima mesej daripada peminatnya yang berkongsi tangkap layar perbualan tersebut.



IG

"Dia siap ajak salah seorang pengikut akaun berkenaan kahwin dengan menggunakan identiti saya. Nasib baik ada peminat lain yang beritahu saya. Dia hantar mesej perbualan orang itu yang kononnya saya ajak kahwin," katanya kepada mStar.

Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana Filem Imam yang berlangsung di Istana Budaya baru-baru ini.

Kata pelakon itu, dia sebelum ini tidak menghebahkannya kerana merasakan ia tidak memberi sebarang keuntungan kepadanya.

"Kalau saya 'menyalak' pun tak berguna. Ia tidak mendatangkan apa-apa cuma saya boleh harap jangan ada orang cuba nak menyamar jadi Faizal Hussein.



IG

"Tapi selagi dia bukan godam akaun saya, rasanya saya tidak kisah. Sebab itu bukan dari saya sendiri. Kadang peminat pun boleh tahu takkan saya nak cakap macam ini.

"Macam kes ini, peminat sendiri yang hantar benda ini ke akaun sebenar saya," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.227437 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top