Isteri pelakon dipercayai ditumbuk suaminya dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Khamis lalu sudah dipanggil polis untuk dirakam keterangannya. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan mangsa berusia 29 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan dalam membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.
“Kita telah mengambil keterangan mangsa semalam berkaitan kejadian terbabit dan suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat ini. “Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, media melaporkan mangsa mendakwa dirinya dipukul suaminya beberapa kali di bahagian mata dan membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur sekitar pukul 6.30 pagi, kelmarin.
Pergelutan dipercayai berlaku apabila mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka di dalam kereta yang berhenti di kawasan R&R sekitar Sungai Buloh. Mangsa mendakwa cedera di mata selepas ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
dudaberhias replied at 4-3-2023 06:49 PM
semoga keadilan buat si shu dan semoga si jentan lehnat tu di sumbat ke dalam lokap...
kalau polis ...
nylliette replied at 4-3-2023 10:48 PM
entah la undang2 malaysia nih, yang pukul isteri tgh mengandung sampai jadi mayat hidup dah skrg tu ...
nylliette replied at 4-3-2023 10:48 PM
entah la undang2 malaysia nih, yang pukul isteri tgh mengandung sampai jadi mayat hidup dah skrg tu ...
Pujangga22 replied at 4-3-2023 11:11 PM
Ni kes shu ngn hafiz ker...or OKT yg baru?ditumbuk husben or xhusben
tumpanglalu74 replied at 4-3-2023 11:31 PM
Mana ade kes lain lagi. Dorang le..
Skyline_84 replied at 4-3-2023 11:02 PM
Sedih baca citer yg tu. Iols menitis air mata baca dia trbaring kaku je atas katil... Kesian sgt.. ...
JunkMail replied at 5-3-2023 12:58 AM
Bukan pukul diri sendiri? Aku baca sapa tulis tah katanya bininya tu yang merempan pukul diri sendir ...
mojarean_X replied at 4-3-2023 08:57 PM
nylliette replied at 4-3-2023 10:48 PM
entah la undang2 malaysia nih, yang pukul isteri tgh mengandung sampai jadi mayat hidup dah skrg tu ...
ADVERTISEMENT