Tindakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang melanggar protokol dengan memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang boleh menjejaskan hubungan antara dua negara. Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, Reezal telah melanggar prosedur dengan memanggil Duta China yang tidak setaraf dengannya. Katanya, taraf seseorang duta adalah sama dengan jawatan menteri. Oleh kerana itu, katanya, hanya Menteri Luar dan Pemangku Menteri sahaja yang layak memanggil Duta China jika mahu mendapatkan penjelasan. “Kena ikut level (taraf). Kalau Reezal Merican nak panggil atas kapasiti dia (Timbalan Menteri), itu telah melanggar protokol. Jika kita salah prosedur, tak ikut protokol antara negara, ia boleh menjejaskan hubungan sebenarnya.
Berita selanjutnya : freemalaysiatoday.com
|
hari1 replied at 29-9-2015 10:20 AM
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizud ...
ADVERTISEMENT