|
Ikatan pertunangan Zarina Anjoulie dengan Datuk Khazrul Elzey dah terlerai sebelum ini. Selepas berpisah mereka dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial sehingga menceritakan isu yang dianggap sebagai aib.
Walaubagaimanapun, mereka akhirnya membuat keputusan untuk berdamai apabila keluarga masing-masing membuat pertemuan, namun menjelaskan hubungan mereka kini hanya sebagai kawan. Terbaru, menerusi TikTok Story Anju, dia memuat naik sekeping foto yang dilihat memakai sebentuk cincin bersama sekuntum bunga ros merah. Susulan itu, ramai yang mendakwa bahawa hubungan Anju dan bekas tunangnya itu kembali terjalin. Lebih menguatkan dakwaan, anak kepada Khazrul meninggalkan komen berbentuk gembira pada foto tersebut. “Yeayyyyy” komennya ringkas. -CARI Sumber: XTRA
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047906 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.