Oleh Dean BZ
Sumber foto : danisha-nur.blogspot.com Perkahwinan atau nikah adalah sesuatu upacara ikatan janji yang dinantikan oleh semua pasangan bercinta sebagai permulaan untuk hidup bersama dengan pasangan tersayang secara sah. Upacara pernikahan memiliki banyak variasi mengikut tradisi bangsa, agama, budaya, mahupun kelas sosial. Majlis perkahwinan adalah satu majlis penting yang perlu disambut dengan meriah dan gilang gemilang. Ini kerana majlis perkahwinan dianggap sebagai peristiwa paling bersejarah dalam hidup seseorang untuk mengakhiri zaman bujang. Kata orang "ala kahwin sekali je, apa salahnya perabis duit".
Bermula dengan pertunangan kemudian diakhiri dengan perkahwinan, kedua-dua majlis ini memerlukan kos dan sebanyak mana kos ditentukan oleh bakal pengantin dan keluarga. Jika kita singkap sepuluh tahun kebelakang, majlis perkahwinan diadakan dengan ala kadar tanpa melibatkan kos yang mencecah hingga puluhan ribu ringgit.... kenapa? Adakah harga barang ketika itu terlalu murah berbanding sekarang atau kehendak masyarakat kita sekarang ini lebih tinggi kerana terlalu mengikut trend semasa? Di zaman sekarang, boleh lagi kah buat majlis sederhana seperti itu? Hanya adakan majlis akad nikah dan majlis kenduri kesyukuran kecil-kecilan. Bunyinya seperti mustahil kan dan jika ada pun agak jarang. Mungkin faktor takut menjadi buah mulut masyarakat setempat merupakan punca utama majlis perkahwinan perlu disambut dengan lebih meriah. Namun perlu diingat, Agama Islam mengamalkan tradisi perkahwinan yang sederhana, dengan tujuan agar seseorang tidak terjerumus ke dalam perzinaan. Jadi kenapa mahu membazir dan terlalu mempedulikan apa masyarakat akan cakap? Isu duit hantaran terlalu tinggi bukanlah isu baru dan sering dibincangkan. Cuba bayangkan jika rate untuk duit hantaran sudah sebanyak itu, alamak kumpul duit lagi lah sampai kerepot bagi yang kurang berkemampuan. Kesian buat pasangan yang ingin berkahwin tetapi terpaksa kumpul duit bertahun-tahun hanya untuk membayar "kos duit hantaran" yang agak tinggi. Tetapi setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dan ada sebab kenapa duit hantaran semakin tinggi. Tak mengapa, usah pening kepala buat sesiapa yang masih bujang dan merancang untuk berkahwin, penulis ingin kongsikan tips jimat perbelanjaan perkahwinan : Apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut : 1- Tetapkan jumlah undangan. Senang cerita jemput sahaja kaum saudara mara terdekat, rakan karib dan tak perlulah jemput semua rakan di senarai Facebook walaupun kenal suam-suam kuku je. Ini kerana lebih ramai jemputan, lebih banyak kos yang dikeluarkan untuk goody bag kahwin, katering, kad kahwin dan sebagainya. 2- Ketering. Ini paling banyak menelan kos bergantung pada pakej yang akan anda pilih. Saranan penulis, anda perlu bijak memilih pakej yang sesuai agar tidak berlaku pembaziran melampau dan terbeban dengan kos katering yang tinggi, melainkan anda seorang selebriti atau vip. Kalau penghulu kampung pun tak kenal anda, baiklah pilih hidangan sederhana je. Lebih elok kalau boleh rewang atau gotong royong memasak, ini lebih jimat dan mesra jiran. 3- Ketering. Ini paling banyak menelan kos bergantung pada pakej yang akan anda pilih. Saranan penulis, anda perlu bijak memilih pakej yang sesuai agar tidak berlaku pembaziran melampau dan terbeban dengan kos katering yang tinggi melainkan anda seorang selebriti atau VIP. Kalau penghulu kampung pun tak kenal anda, baiklah pilih hidangan sederhana je. Lebih elok kalau boleh rewang atau gotong royong memasak, ini lebih jimat dan mesra jiran. 3- Barang Hantaran. Barang hantaran juga melibatkan kos yang tinggi, disini kena bijak memilih supaya bajet tak lari. Lebih elok enam bulan sebelum kahwin anda sudah beli barang hantaran sedikit demi sedikit, tapi janganlah terlalu bijak pula hinggakan anda membeli kek dan buah-buahan untuk hantaran enam bulan sebelum perkahwinan. Jawabnya makan kaki bakal mertua! 4- Pakej Fotografi Berpada-padalah memilih pakej, memang zaman sekarang macam-macam pakej fotografi untuk perkahwinan disediakan. Harganya juga hingga mencecah ribuan ringgit. Tapi bayar mahal-mahal masuk dalam rak juga album tu kan! 5- Buat Senarai Semak Akhir sekali buat senarai semak agar tidak terlupa dan senang nak kira bajet senarai-senarai diatas. Jika rasa kurang bajet, boleh ubah semula atau mungkin cari yang lebih murah. Jika anda ada idea lain untuk jimatkan kos perbelanjaan kahwin yang mungkin penulis terlupa senaraikan diatas, bolehlah kongsi di ruangan komen dibawah. Sambil-sambil tu, buat yang sudah berumah tangga, jom kongsikan sekali bagaimana persediaan menjelang perkahwinan yang pernah anda lalui, dari segi jumlah hantaran, barang hantaran dan sebagainya. - CARI Infonet. *Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
22
Bagus |
23
Marah |
21
Terkejut |
11
Sedih |
19
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Muntz replied at 28-9-2015 05:53 PM
Aku tak kahwin pasal lebih selesa hidup membujang. Aku tak suka komitmen esp in relationship. Susah ...
spiderman80 replied at 28-9-2015 05:57 PM
Bro, nanti berudu bertukar menjadi katak.
Muntz replied at 28-9-2015 06:00 PM
I love kids, I love sex, but I hate relationship commitments.
spiderman80 replied at 28-9-2015 06:02 PM
Urban betul awak, bro.
mayaBB replied at 28-9-2015 06:07 PM
asenye baik kawin mahal2 skit buat perabis duit.. tkot nanti.. kalau senang2 dan murah2 je kawin.. s ...
spiderman80 replied at 28-9-2015 05:51 PM
Spidey malas nak kahwin lagi sebab dah trauma.
Muntz replied at 28-9-2015 06:00 PM
I love kids, I love sex, but I hate relationship commitments.
spiderman80 replied at 28-9-2015 06:02 PM
Urban betul awak, bro.
ADVERTISEMENT