CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Dituduh Ajar Wanita Kurang Ajar Dengan Suami

2-3-2023 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4037| Komen: 30

Puteri Sarah Liyana sebelum ini memaklumkan bahawa dia ada memberi bimbingan kepada bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai apa yang perlu dilakukan selepas suaminya berlaku curang.


Dia juga menerima banyak DM daripada golongan wanita yang berdepan dengan isu orang ketiga atau penyondol dalam rumah tangga.


Foto: IG

Ada juga yang meminta Sarah untuk membuka persatuan bagi membela nasib wanita selain memberi dorongan dan nasihat untuk wanita yang berhapan masalah sama.

Sarah kata niatnya hanyalah untuk membantu golongan wanita yang teraniaya.



"Saya bukan bantu Shuhada saja tapi ramai wanita di luar sana. Saya nak mereka lebih berani. Saya kesian pada mereka," katanya kepada Gempak

Sarah hanya berkongsi pengalaman dan memberitahu apa tindakan yang mereka perlu lakukan sekiranya berada di situasi sama sepertinya.

"Saya terima DM beribu-ribu daripada wanita di luar sana yang minta nasihat. Mereka minta kata-kata semangat."



Dalam masa yang sama dia juga menerima kecaman daripada golongan lelaki yang menganggap dia seolah-olah menjadi tempat rujukan wanita yang mengalami isu rumah tangga.

"Ada golongan lelaki yang DM saya kata saya ajar wanita untuk bersikap kurang ajar dengan suami."



Sarah tak berniat untuk menyuruh wanita di luar sana untuk melakukan perkara tidak sepatutnya atau menjadi batu api, sebaliknya inigin memberi tunjuk ajar berkaitan cara-cara menghadapi penyondol.

"Tujuan saya hanya mahu wanita berani dan perjuangkan hak mereka. Lelaki di luar sana jangan lah takut sangat." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jiwakacau06 2-3-2023 04:06 PM
abis tu jantan yg curang tu...sol plak ajr
Quote marchikobonzo 2-3-2023 04:11 PM
Bagus ada orang macam PS ni, baru pelakor rasa takut sb dah ada precedent case
Quote likilu 2-3-2023 04:38 PM
Edited by likilu at 2-3-2023 06:13 PM

Tumbok menumbok
Quote cikatilia 2-3-2023 04:58 PM
kalau dah dpt lelaki mcm sol HR etc
nak akur dan gembira jua ke?? redho aje sampai AJM?
Quote kalchi 2-3-2023 05:15 PM
Lelaki melayu mmg pantang ego dicabar. Ego diorang tggi melangit. Bila kes mcmni jadi bg diorang prmpuan je salah. Padehal sah sah la takda istilah sorg je salah.
Quote rayna_raynes 2-3-2023 05:19 PM
Lelaki melayu memang takut kalau pompuan jadi pandai dan tahu hak. Tu yg skrg muncul ayat 'perempuan selalunya betul' bila tak boleh counter argument properly
Quote moonela 2-3-2023 05:26 PM

kasar sangat tuu....
tak kena kat diri sendiri..belum diuji boleh lah cakap macam-macam..

Quote Antifake 2-3-2023 05:28 PM
Selama ni ada aje yang macam PS tapi tak ramai sedar. Yang buat sedar bila nama besar yang buat perangai. So lelaki melayu ni tercabar la sampai pak2 ustaz banyak x puas hati dengan PS kata lantang sangat. Dah lama bertahun pendam. Sedangkan gunung berapi pendam pon sekali meletup ranap kota
Quote awanearisu 2-3-2023 05:31 PM
likilu replied at 2-3-2023 04:38 PM
Tumbok je pompuan ni

Hati-hati ya. Komen berbaur ugutan seperti ini salah di sisi undang-undang. Silap-silap PS ada dalam forum ini.
Quote adeqbun 2-3-2023 05:35 PM
kalchi replied at 2-3-2023 05:15 PM
Lelaki melayu mmg pantang ego dicabar. Ego diorang tggi melangit. Bila kes mcmni jadi bg diorang prm ...

khen...anti btol ngan pompuan indipendent dan bijak
Quote likilu 2-3-2023 06:12 PM
awanearisu replied at 2-3-2023 05:31 PM
Hati-hati ya. Komen berbaur ugutan seperti ini salah di sisi undang-undang. Silap-silap PS ada dal ...

Sorry ps

Amboi menyaman je keje
Quote _blackbird 2-3-2023 06:39 PM
aku ni kalau si ps ni mmg dah menang kes, court mmg declare dia isteri teraniaya ok ja nak mencanang sana sini, nak jadi ikon srikandi ke, pakar nikah cerai, pakai tuntutan mutaah ke apa. ni kes court mula pon tak lagi, kalau menang ok la alhamdullilah, kalau kalah mana nak sorok muka der.....
Quote nena9042 2-3-2023 06:41 PM
I rasa okay je dia stand up for herself. Perkahwinan sendiri, dia lagi tau. Tapi tak berapa kenan la bila dia nak komen pasal kes shu tu.
Quote MissVixen 2-3-2023 06:43 PM
Diam, baik sangat kena pijak. Macam shu tu la. Classy dan baik sangat sampai khinzir berkunjung ke rumah. Alih2 laki layan penyondol. Ramai perempuan diam. Malu kalau suami cari lain. Salahkan diri sendiri je dan takut pandangan orang lain. Padehal laki tu kalau dah gatal, isteri cantik, pandai, baik bagaimanapun tetap melayan betina lain.
Quote H0rr0rfan 2-3-2023 08:51 PM
Aku rasa dia ni bodoh dan tak matang. Be a classy lady. Kikis harta budak shamsul tu sampai tinggal seluar dalam. Dapatkan harta sepencarian.  

Bukan canang sini-sana. Emosi terganggu, asyik nak revenge. Suruh orang yang disakiti buat benda yang bodoh macam dia sampai bercerai-berai sedangkan dia sendiri masih berstatus isteri orang.

IQ dia ni memang rendah, harapkan muka je cantik.
Quote dua_chzy 2-3-2023 08:57 PM
rayna_raynes replied at 2-3-2023 09:19 AM
Lelaki melayu memang takut kalau pompuan jadi pandai dan tahu hak. Tu yg skrg muncul ayat 'perempuan ...

Di tempat kerja pun jika uols perasan yang acah2 tak tau hapa2, jadi mak pak turut tak reti bersuara tak reti bagi pendapat folollow the crowd manjang walaupum di blakang2 komplen itu ini tak puas hati, keligs suka. Kalau hada rupa, reti bermulot manis, reti guna orang lain, manipulatif, kaki ampu bos lagik la senang nak naik atas (jantan ka vetina ka sama ja).

Yang loud kena cop macam2. Walaupun reti buat kerja.
Quote nakkomenjugak 2-3-2023 09:05 PM
habis si somi belajar jadik jantan tak guna dari sape?
Quote rogayahtop 2-3-2023 09:19 PM
bior jantan2 sedor sikit.
Pompuan pun kena sedar jangan jadi penyondol rumahtangga org. Mmg cari nahas la kalau buat hal dgn laki org.  Silap2 menyondol laki org,  elok2 ada nenen terus hilang nenen.
Quote DARSITA 3-3-2023 03:32 AM
Antifake replied at 2-3-2023 01:28 AM
Selama ni ada aje yang macam PS tapi tak ramai sedar. Yang buat sedar bila nama besar yang buat pera ...


Dulu ada sister in Islam tapi mungkin nak contact mereka tu leceh. Dgn Puteri Sarah cepat dpt balasan so itu jadi sebab dia menjadi tempat mengadu dan tmpt minta pertolongan.


Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.087936 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top