CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bergaduh Dalam Kereta, Pelakon Lelaki Tumbuk Muka Isteri Berulang Kali Sampai Cedera!

2-3-2023 03:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10847| Komen: 68|Original author: Saiful

Isteri kepada seorang pelakon lelaki membuat laporan polis mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata.

Menurut sumber, mangsa berusia lingkungan 20-an itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Jinjang, di sini, jam 6.30 pagi tadi.



Gambar Hiasan

"Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.

"Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.

"Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata," katanya kepada Harian Metro

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.


"Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 2-3-2023 03:25 PM
yang kurus sebab kena buatan orang tu ke?
Quote dudaberhias 2-3-2023 03:27 PM
sesuka hati kau je nak debik2 anak pompuan orang... kalau kau nak debik2 ni eloknya cari isteri macam si zarina zainuddin... hari2 dok upload content kena smackdown dek anak dia... yang tu ko nak debik pun debik lah boleh dia live sesambil ko debik dia...
Quote Mademoisellee 2-3-2023 03:28 PM
Kalau tumbuk 3 Kali mesti bengkak, lebam Muka kan, gambar syu Luka tu iols tak nampak pulak kesan lebam bengkak. Luka dia mcm terhiris gitu. Entahlah nokss
Quote kakakko 2-3-2023 03:34 PM
siapa pulak kali ni.. macam2 kes ya tahun ni.. busy netizen nak siasat
Quote Mingukie 2-3-2023 03:35 PM
Awai plak masuk...
Quote Antifake 2-3-2023 03:41 PM
Sis.. malam2 ko bagi elok2 punya sampai x sedaq. Hang ikat dia. Buat vid pengakuan. Jangan pukul bini
Quote Suchi 2-3-2023 03:42 PM
Kena tumbuk smlm ke pastu kul 6.30 am pg td buat report ya?

Hati2 laa musim ex laki kerat cincang bini moga tak berjangkit sampai kat malaysia plak
Quote dewi_rina 2-3-2023 03:43 PM
Shu punya bengkak siap berdarah, sakit wo! Pedih
Pagi td tengok pasha sandha, ni tengok shu pulak berdarah
Terasa pulak sakit nya
Quote Suchi 2-3-2023 03:43 PM
kakakko replied at 2-3-2023 03:34 PM
siapa pulak kali ni.. macam2 kes ya tahun ni.. busy netizen nak siasat

Katanya pelakon yg baru cerai sbb tak bahagia ngn bini tu, yg tak penah move on ngn kekasih lama
Quote hasniey 2-3-2023 03:43 PM
Ni sama ke yg bini brenti kerja kerajaan tu?
Quote ezacbee 2-3-2023 03:43 PM
Baran betul.. angkat phone je kena balun.
Quote syamzana 2-3-2023 03:44 PM
ni si hafiz ke afiq? ke sapa???
baru masuk bulan 3, mcm2 personal drama retis mesia ni. blakon drama sorg2 nanhado jahh
Quote iraizz 2-3-2023 03:52 PM
dewi_rina replied at 2-3-2023 03:43 PM
Shu punya bengkak siap berdarah, sakit wo! Pedih
Pagi td tengok pasha sandha, ni tengok shu pulak be ...

Sorry tertekan butng report nak tekan pangkah iklan tu sebenarnya, semak la iklan tu
Quote SherryZass 2-3-2023 03:53 PM
Busy bethol jadi netizen, Baru nak suap nasi dah nak kena siasat pulak bini artis mana pulak jadi mangsa ditumbuk ni.  
Quote kakakko 2-3-2023 03:54 PM
Suchi replied at 2-3-2023 07:43 AM
Katanya pelakon yg baru cerai sbb tak bahagia ngn bini tu, yg tak penah move on ngn kekasih lama

wooo. kira memang mental unstable la ek si suami tu.. allahuakbar.. kesiannn.. tapi tadi baca thread si isteri dok wat scan bagai..
Quote lee_sakura 2-3-2023 04:03 PM
laki bini usia 20 an...kalo yg tetibe kurus tu si laki mcm dh lbh 30
Quote 3chanceno 2-3-2023 04:05 PM
Banyak pulak kes pasangan cerai/bantai bini naik awal2 tahun nie

Katanya Shu tu masuk hospital kena buat ct scan, tapi lum khabar sakit apa..

Tunggu kalau sesapa ada cerita sahih, sapo pelakunya yg tak bertanggungjawap nie
Quote Dolmat 2-3-2023 04:08 PM
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5149449&extra=page%3D1&mobile=2

Confirmmmmmm kot.. si jantan mental buah gatal...

Boikot lerrrr retis sampahhhhhhhh!!!
Quote freyayong 2-3-2023 04:08 PM
kat mstar ada dah. si hafidz katanya. mmg betul la mental..

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.071375 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top