CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Keputusan Lanjut Royalti P Ramlee Daripada 50 Tahun Kepada 70 Tahun Ditentukan Akhir Tahun

2-3-2023 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 624| Komen: 2

Kerajaan memberi tempoh hingga akhir tahun ini untuk membuat keputusan sama ada tempoh pembayaran royalti muzik kepada waris Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dilanjutkan daripada 50 tahun kepada 70 tahun.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perbincangan dan pertimbangan terhadap syor itu hanya dapat dibuat selepas 31 Disember depan.

Foto: Google

"Jika mengikut Aka Hak Cipta 1987, tarikh tamat tempoh 50 tahun bayaran royalti P Ramlee adalah pada 31 Disember depan.

"Kita ikut kalendar tahun itu berakhir, bukan pada tarikh Allahyarham P Ramlee meninggal dunia iaitu 29 Mei ini.

"Sehubungan itu, segala perkara berbangkit berkaitan isu itu hanya akan dibincangkan kemudian. Kena tunggu tarikh akhir itu," katanya pada sidang media selepas berakhirnya program Daya Kreatif: Townhall Pengkarya (Penggiat Muzik Rakaman) anjuran aktivis seni muzik Langkah Baru di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, kelmarin.


Mengenai kemungkinan tempoh bayaran royalti dilanjutkan kepada 75 tahun seperti dilaksanakan Singapura, Salahuddin menyerahkan perkara itu kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk menelitinya.

"Kita ada MyIPO untuk mengkaji perkara itu. Sekiranya ada isu berbangkit pada masa itu, kerajaan akan putuskan melalui perbincangan Kabinet.

"Berikutan royalti ini milik Seniman Agung, sebarang kata putus perlu mendapat persetujuan Kabinet," katanya.

Pada 29 Mei ini, genap 50 tahun pemergian P Ramlee yang menghembuskan nafas terakhir akibat sakit jantung, lantas meninggalkan peminat legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.

Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti karya lagu Allahyarham P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.

Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.

Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali, 63.

Sebelum ini, MACP dilapor menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.

Ketua Bahagian Undang-Undang MACP, Rashidah Ridha, dilaporkan berkata pihaknya sudah berusaha memperjuangkan usul melanjutkan agihan royalti kepada 70 tahun melalui saluran betul. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 02:43 PM
moga dipermudahkan urusan
Quote dudaberhias 2-3-2023 03:08 PM
ok lah tu... tapi tengok pada waris2 punya komen royalti ni tak dapat banyak mana pun... harap2 theyols ikhtiarlah cari punca pendapatan dari sudut lain...
takat rm15 setahun baik kaka sedekah jah kat sedara mara yang memerlukan...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054160 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top