CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seminggu Diceraikan, Ex Hafidz Roshdi Nurul Shuhada Masuk Hospital- Terpaksa Buat CT Scan Untuk Kesan Punca

2-3-2023 01:14 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 14356| Komen: 159|Original author: Saiful

Nurul Shuhada Mat Shukri jatuh sakit sehingga terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada Khamis selepas seminggu diceraikan Hafidz Roshdi.

Melalui Instagram Shuhada, 29, turut memohon maaf kerana terpaksa menangguhkan beberapa urusan berkaitan kerja disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.



Foto: IG

"Saya minta maaf sangat sebab tidak dapat beri kerjasama buat masa sekarang. Saya sedang menerima rawatan di hospital," katanya.

Adik kepada Shuhada iaitu Sofia, 25, pula memaklumkan kakaknya perlu menjalani pemeriksaan CT Scan dan masih belum mengetahui punca sebenar kesihatannya merosot.

Sofia berkata, pihaknya akan memaklumkan keadaan sebenar Shuhada apabila sudah mendapat kepastian selepas pemeriksaan dilakukan.




"Tolong kami beri ruang untuk langkah seterusnya. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Shuhada turut meluahkan rasa marah,

"Penyondol akan sentiasa penyondol. Kali ini saya sendiri yang akan bercakap, bukan lagi dari orang lain selepas saya bercerai.

"Semoga Allah ampunkan kau berdua."




Minggu lepas Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

Shuhada kemudian dilihat hadir ke mahkamah syariah bagi memfailkan proses pengesahan lafaz dibuat Hafidz terhadapnya pada 28 Februari lalu.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umur, 2 tahun. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Incanto 2-3-2023 01:17 PM
Semoga di beri keafiatan pada Syuhada
Quote dua_chzy 2-3-2023 01:18 PM
Depressed la tu.
Quote -Suri- 2-3-2023 01:19 PM
Moga diberikan kesembuhan dan kekuatan. Jalan terus sis!
Quote mehmet 2-3-2023 01:24 PM
Kasihan lama dia pendam. Celaka sungguh penyondol². Case Athirah Ubi Kelubi ini pasal si Jantan sangkak Cari. [em:7:]
Quote mehmet 2-3-2023 01:25 PM
Semoga kebahagiaan terindah buat Puan Shuhada. Aamiin³.
Quote cm_vungtau 2-3-2023 01:35 PM
Jangan depress2 dik. Jangan self sabotage. Lupakan mereka dan move on.
Quote Suchi 2-3-2023 01:37 PM
Bukan ke besday dia ke sblm hari yg patut dia failkan penceraian tu tp terkejut bila nampak igs dia mcm tgh stress sgt tu.
Agaknya dia bengang kot laki dia kata cerai tade niat plak
Org tu dah berkobar2 nak move on dah mcm ni plak kang kalau tak sah cerai tu cemana eh?
Quote Suchi 2-3-2023 01:40 PM
dua_chzy replied at 2-3-2023 01:18 PM
Depressed la tu.

Terkejut tgk igs dia lama sungguh tunggu nk ngamuk lepas balik mahkamah baru dia hambur bebetul yaa
Takpelaa lepaskan jelaa nk kta apa pun tp ex laki kata cerai tanpa niat plak

Quote cranell 2-3-2023 02:15 PM
Kesian dekat dia ni. BTW, gambar tangan tu tunjuk dia tengah buat donut red velvet ke hape?
Quote suterabiru123 2-3-2023 02:15 PM
Dia kena pukul ngan mangkuk hayun tu lps si mangkuk kantoii si penyondol tengah tunggu kat hotel?.....

Quote Manusiabesa 2-3-2023 02:19 PM
Nampaknya nasib dia sama mcm nasib rossa serra . Penyondol psiko, yg ganggu mental isteri bertahun2. Sptutnya klw i mmg reveal abis apa yg AY buat,jgn tinggal lgsg walau sebesar habuk.mcm sera dulu dia kerap jugak ss wasap dia dgn [email protected] syuhada mndpt ketenangan dr allh.... nk luah apa luahkan lah ya yg pnting diri sndiri xterbeban. Sian sgguh....
Quote blekkep 2-3-2023 02:23 PM
Ye ye jah ckp kurus sbb mkn ubat kurus tuh...pdhal kurus sbb mkn hati...review x jujur dosa taw...haram duit tu nnti shu
Quote jiwakacau06 2-3-2023 02:28 PM
Edited by jiwakacau06 at 2-3-2023 02:30 PM
suterabiru123 replied at 2-3-2023 02:15 PM
Dia kena pukul ngan mangkuk hayun tu lps si mangkuk kantoii si penyondol tengah tunggu kat hotel?... ...


i masih tggu gmbr yg u xleh upload dkt benang lg satu...
diaorg masih serumah ke...yg boleh kena pkul...
jantan xguna btl...dh menyundal dgn btna lain pn...nk pkul ex wife lg
Quote rumahbiru 2-3-2023 02:29 PM
gws shu...ramai orang doakan ko
Quote laksmanabentan 2-3-2023 02:31 PM

buang masa depressed sbb jantan...
ingat anak ada dua tuh... jaga elok2...
Quote Burong_Hantuk 2-3-2023 02:31 PM
knp sampai share lengan berdarah bagai tu???
Quote laksmanabentan 2-3-2023 02:34 PM
Burong_Hantuk replied at 2-3-2023 02:31 PM
knp sampai share lengan berdarah bagai tu???

mengambarkan ala2 tangan tu da rodok something la sis...
tu yang berdarah2 tuh... gitu...
Quote syamzana 2-3-2023 02:36 PM
suterabiru123 replied at 2-3-2023 02:15 PM
Dia kena pukul ngan mangkuk hayun tu lps si mangkuk kantoii si penyondol tengah tunggu kat hotel?... ...

serius arr kene pukul??
depa duduk satu negeri ke? igt si laki dok kolumpo, shu dok perlis.
Quote mamajawie 2-3-2023 02:44 PM
dia kena pukul la..ada gambar muka dia lebam lepas kena pukul..kimak punya jantan..dayus betul

Lihat semua komen(159)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.135436 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top