CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Suami, Che Hafiz Terkejut 'Beruk'! Lufya Omar Tuntut Mutaah RM1 Juta

2-3-2023 11:50 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 15381| Komen: 137|Original author: Saiful

Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta daripada Lufya Omar selepas tiga tahun bercerai.

Terkejut 'beruk' selepas menerimanya, Dr Che Hafiz tak mahu memberi komen lebih lanjut mengenai tuntutan yang dibuat oleh Lufya pada Oktober tahun lalu.


Foto: IG

“Saya nak minta maaf, perkara ini privasi kami dan saya tak nak beri apa-apa kenyataan buat masa ini sebab menghormati isteri saya.

“Memang saya terkejut, apa-apa pun kita doakan yang terbaik. Semoga urusan semua pihak dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Dr Che Hafiz, Abdul Hadi Mohamad Salleh mengesahkan jumlah tuntutan mutaah daripada pihak plaintif berjumlah RM1 juta.

Jelas Hadi, mutaah adalah saguhati bekas suami kepada bekas isteri selepas bercerai.


Foto: XTRA


“Lufya ada membuat tuntutan pada Oktober 2022 dan hari ini adalah untuk pengurusan kes.

“Sebelum ini, mereka sudah menjalani proses sulh namun tidak mencapai kata sepakat. Kalau ikutkan, betul ia jumlah yang dituntut oleh pihak plaintif.

“Namun semuanya masih dalam proses perbincangan dan mahkamah yang akan menentukan mengikut syarat-syarat tertentu,” katanya seperti dipetk di XTRA.



Sementara itu, Lufya  hadir ke mahkamah ditemani ibu kandung dan peguam kelihatan sugul dan enggan ditemu bual oleh pihak media.

Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura yang kini berusia lima tahun.



Bagaimanapun, Lufya dan Dr Che Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHaidiD 2-3-2023 11:52 AM
Makin gila  si lecak sb cemburu bekas laki da move on
Quote Yeehaw 2-3-2023 11:54 AM
Gila. Lepas 3 tahun baru nak tuntut mutaah.
Quote bankerpencen 2-3-2023 11:54 AM
1 juta ye. Kemain.
Quote babelina 2-3-2023 12:02 PM
omg.. 1 juta nieeee..
Allah maha mengetahui..
Quote prettyuglybabe 2-3-2023 12:10 PM
next rr ke beliau ni..
Quote sukacactus 2-3-2023 12:10 PM
Hurnmn 1 juta
Lufya ni ibarat karen muslimah
Semoga berjaya lah ye
Quote cik_ingeniare 2-3-2023 12:13 PM
banyaknya tuntutan dia selalunya akan diluluskan ke ye? boleh acik acik forum yang pandai hal ni explain kt meols?
Quote auntyonion 2-3-2023 12:14 PM
Muke dude she glowing npak bahagia btol pas kawen bru
Quote _blackbird 2-3-2023 12:19 PM
nasib badan ko la che hafiz dpt crazy ex wife. mesti heshe menyesal seumur hidup kahwin dengan tiak lecak
Quote laksmanabentan 2-3-2023 12:20 PM
sbb ex-laki dia berjaya hari ini atas usaha dia selama ini..
kerjaya ex-laki dia itu semua hasil kerja keras dia..
kekayaan ex-laki dia itu semua sbb dorongan dia selama ini..

sbb tu la ex-wife minta 1 juta...
wajar la kannn...

ex-laki skrg popular... jadi model kat mana2.. merata2.. model international pun ada..
baru pindah beli harta kat Pavillion Residence tu...
lepas tu baru dapat masuk dalam senarai Top 10 influencer in Asian
okay la kannn 1 juta tuh...
Quote bondeh 2-3-2023 12:28 PM
Muka lecak cam sihir siccin
Quote miszclassique 2-3-2023 12:33 PM
Laki julia ni dah nampak tanda2 nak hairloss
Sorry lufya tapi nampak mcm tetibe tuntut mutaah sebab ex laki dah move on
Quote Mademoisellee 2-3-2023 12:34 PM
Berdendam betul Lufya dgn ex dia biasa kalau berpisah cara baik takde nak tuntut2 bagai. Good luck je la
Quote Dolmat 2-3-2023 12:50 PM
1 Juta.........??????

Nak beli ubat ketiak 30 lorry ke????

Memang hak wanita tapi agak2 ler nak tuntut mutaaaahhh...



Quote rayna_raynes 2-3-2023 12:52 PM
cik_ingeniare replied at 2-3-2023 12:13 PM
banyaknya tuntutan dia selalunya akan diluluskan ke ye? boleh acik acik forum yang pandai hal ni e ...

Tengok kemampuan bekas suami jugak.


Quote arffa 2-3-2023 12:53 PM
kalau aku kena gini sumpah menyesal doh kawen dan ada anak dengan pompuan ni.
Quote lotusteratai 2-3-2023 12:53 PM
smpi mcm tu sekali dia mintak, mana nk cekau 1juta. Masalahnya laki tu ada kemampuan ke smpi boleh bg 1juta
Quote mamastoney 2-3-2023 12:54 PM
Kt ig mediahiburanofficials, ada video bini exlakinya gi salam dgn si lecak dan mak sheols, tp dr pandangan sheols, nampak mcm tpaksa je sambut huluran tangan tu, walopun sheols pakai mask, mmg nampak reaksi tak suka. Kiranya si Julia tu nak berbaik, tp nampak si lecak ni jual mahal. Padahal dia cerai bukan berpunca drp Julia pun. Kot2 mungkin lecak jeles tgk exlaki hepi2 je skrg dgn bini baru yg lebih muda?
Quote afie_m 2-3-2023 12:56 PM
bondeh replied at 2-3-2023 12:28 PM
Muka lecak cam sihir siccin

tak tahu napa seram tgk dia, lagi2 bila dia senyum

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.241084 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top