Yana Samsudin dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam teruk. Perkara tersebut dikongsikan suaminya yang juga pengarah dan pelakon, Fadzil Zahari menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram (IG) Yana.
Fadzil memuat naik sekeping foto yang memaparkan Yana sedang terbaring di katil hospital menerima rawatan. “Assalamualaikum…saya @fadzilzahari nak maklum yang Yana warded malam ni. “Badannya lemah selepas 2 hari demam teruk,” kongsinya. Fadzil turut memberitahu perkembangan terkini Yana dan memohon doa agar isterinya diberi kesembuhan.
|
ADVERTISEMENT