|
Fasha Sandha dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran sebuah drama. Di Instagram, Fasha memuat naik sebuah video yang memaparkan babak yang dilakonkan sebelum mengalami kemalangan.
Difahamkan kecederaan yang dialami Fasha adalah serius kerana melibatkan bahagian kepala dan mata. Dia kini dirawat di hospital pakar Johor Bahru. “Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering. Disini saya ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya. “Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran Anak Tuan TV3 pada 1 mac. “Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hospital pakar di Johor Bahru. Insya-Allah akan berpindah ke pakar di Kuala Lumpur petang ni atau esok pagi,”tulisnya di Instagram.
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.216314 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.