CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Fenomena 'Bulan Berdarah'

28-9-2015 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 10908| Komen: 32




Oleh : TS LOO


sumber foto : http://www.bharian.com.my


Fenomena gerhana bulan hanya akan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. 


Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama dan apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam jajaran yang sama atau dalam jarak yang sangat-sangat hampir. 

sumber foto : http://www.bharian.com.my/


Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. 


Berikut beberapa fakta penting berhubung fenomena gerhana bulan penuh yang harus diketahui :

Fakta 1:
Tidak seperti gerhana matahari, yang hanya boleh dilihat dari kawasan tertentu sahaja di dunia, Gerhana Bulan boleh dilihat dari mana-mana sahaja di sebelah malam Bumi.
 

Fakta 2:
Gerhana Bulan Penuh boleh berlangsung selama beberapa jam, sedangkan gerhana matahari penuh berlangsung selama hanya beberapa minit sahaja di satu-satu tempat. Ini adalah kerana saiz bayang2 bumi (ketika gerhana bulan) lebih besar berbanding bayang2 bulan (ketika gerhana matahari)
 


Fakta 3:
Gerhana Bulan boleh berlaku sehingga 3 kali setahun (maksimum). Namun, adakalanya tidak ada langsung gerhana bulan berlaku dalam jangkamasa setahun. Percaya atau tidak, gerhana matahari berlaku lebih kerap, iaitu 2-5 kali setahun namun kawasan yang dapat lihat gerhana matahari penuh itu sikit sahaja (beberapa kilometer lebar sahaja), manakala gerhana bulan boleh dilihat 1/2 daripada kawasan permukaan bumi!
 

Fakta 4:
Semua orang tahu, Bulan akan menjadi warna kemerah-merahan apabila ia memasuki ke dalam kawasan bayang-bayang umbra bumi. Namun, kadangkala pada kawasan sempadan berwarna merah itu, warna permukaan bulan akan kelihatan seperti kebiru-biruan dan turquoise (biru kehijauan)! Ini adalah disebabkan cahaya itu sedang melalui lapisan ozon bumi (yang mana lapisan yang menyerap warna merah, dan membenarkan warna biru melepasinya). 


Fakta 5:
Jika di Bumi kita akan mengalami gerhana bulan, berlawanan pula kisahnya jika kita berada di Bulan ketika itu. Di Bulan, kita akan mengalami gerhana matahari pula!
 

sumber foto : http://cdn0-a.production.liputan6.static6.com/ 


Lebih menarik ialah cahaya matahari tidak akan hilang sepenuhnya. Ia akan diserakkan oleh lapisan atmosfera bumi dan kelihatan kemerah-merahan. 

Bumi akan kelihatan seperti satu bulatan hitam dikelilingi oleh cahaya merah, yang menandakan waktu fajar dan senja di seluruh dunia! Cahaya merah senja dan fajar itulah yang akan jatuh ke permukaan bulan, dan menjadikannya kemerah-merahan. 
 
Bulan kelihatan berwarna gerhana ketika gerhana bulan penuh, yang membawa kepada nama samarannya, 'Bulan Berdarah'. - CARI Infonet 



3

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 28-9-2015 04:09 PM
samdolnya TT

bukan ko jugak ka yang bukak thread dengan tajuk bangang yang ini

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

@spiderman80 ada berani kasi tutup ini thread?...

Quote dondangdendang 28-9-2015 04:11 PM
KACANG KACANG +1
Quote makton 28-9-2015 04:19 PM
tacangggg +1
Quote lindarafee 28-9-2015 04:20 PM
ingatkan malam ni ke blood moon. rupenye hampeh
Quote Athrun.Zalaa 28-9-2015 04:47 PM
Cite Twilight ke?!!
Quote ad_hoc79 28-9-2015 04:48 PM
hahahaaaaa
Quote spiderman80 28-9-2015 04:55 PM
Decaffeinated replied at 28-9-2015 04:09 PM
samdolnya TT

bukan ko jugak ka yang bukak thread dengan tajuk bangang yang ini

Kalaulah Spidey ada kuasa tutup thread dia ni.
Quote GhostWalking 28-9-2015 04:57 PM
Tan siew loo sila usaha lagi !
Quote Lorra2411 28-9-2015 05:01 PM
hahahaha, sadis betul TT ni
Quote abdulariff 28-9-2015 05:06 PM
Nak nampak macam mana kalau jerebu teruk begini?
Quote ell768 28-9-2015 05:13 PM
boleh nampak ke?
Quote pittjie 28-9-2015 05:14 PM
spiderman80 replied at 28-9-2015 04:55 PM
Kalaulah Spidey ada kuasa tutup thread dia ni.

kenapa? spidey tak ada kuasa ke??

Quote mattzzx 28-9-2015 05:18 PM
bulan datang bulan kee?
Quote spiderman80 28-9-2015 05:35 PM
pittjie replied at 28-9-2015 05:14 PM
kenapa? spidey tak ada kuasa ke??

Pittjie, momod tak ada kuasa untuk tutup thread yang dibuka oleh Wartawan Cari.
Quote Otaku85 28-9-2015 05:38 PM
Kutip point dulu
Quote dani-rox 28-9-2015 05:51 PM
Blood moon tetrad... Ni yg ke4 dan paling last utk siri 2014-15. Bakal berlaku lg pada 2032-33.

sedeyhh msia tak termasuk lokasi utk yg last nihh.
Quote ohnoLia 28-9-2015 05:54 PM
Ohh bukan kat malaysia lah ye?
Quote spiderman80 28-9-2015 05:59 PM
Kalau ada pun jerebu akan menutupinya.
Quote mbhcsf 28-9-2015 06:38 PM
saudara, anda minat astronomi tak?

if yes

boleh buat satu research article tentang kelab kelab astronomi di Malaysia
dari aspek : ahli , yuran tahunan , alatan asas etc
dan agensi kerajaan yg tawarkan khidmat  astronomi ????  atau info  : macam planetarium ke....or  any?

or try buat article  on persatuan ahli falak malaysia - jabatan agama ada
dan i am sure cultural lain  yg based on lunar , astronomical based methods ade jega cara depa guna jasad samawi ni ...

i mean ..just a suggestion , well you are being paid for the job right ? then kalau ada sesuatu for the readers lebih baik



Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064582 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top