CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen Tangguh Tawaran Berlakon Di Indonesia Sebab Nak Fokus Melur Untuk Firdaus 2

2-3-2023 07:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2582| Komen: 20

Meerqeen yang memaklumkan bakal terlibat dalam beberapa penggambaran Indonesia selepas membuat kunjungan pertama di sana tahun lalu, kini terpaksa menolak dan menangguhkan beberapa tawaran di negara jiran itu kerana mahu memberi fokus kepada drama Melur Untuk Firdaus 2.


“Kedengaran agak gila tolak dan tangguh beberapa tawaran di Indonesia tetapi fokus ketika ini ialah untuk Melur Untuk Firdaus 2. Bagi saya, tiada sesiapa yang boleh ganti pelakon untuk watak Firdaus selain saya,” kata bintang utama Melur Untuk Firdaus itu.


IG

Drama rantaian Melur Untuk Firdaus siaran TV3 yang menggandingkan Meerqeen dan Anna Jobling merekodkan 11 juta penonton sehingga episod akhir pada tahun lalu.

Kini penggambaran untuk Melur Untuk Firdaus 2 sedang dijalankan dan bakal menemui penonton tidak lama lagi.

Menjelaskan perkara tersebut, Meerqeen berkata terdapat pertindihan jadual yang menyebabkan dia terpaksa berbuat demikian namun tetap optimis untuk mengembangkan karier di sana.


“Ya, jadual bertindih tetapi sekiranya masih diberikan peluang, rezeki dan masa, Insya-Allah saya akan tetap melebarkan sayap di sana.

“Konsep di Indonesia, jika mereka hendak pelakon itu, mereka pasti tetap akan mendapatkannya dan sanggup menunggu.

“Apa pun, keutamaan saya tetap di Malaysia dan membolosi industri hiburan di sana pastinya bukan impian saya sahaja tetapi semua pelakon tanah air lain,” jelasnya ketika ditemui usai majlis anugerah Gempak Most Wanted Award 2022, di Shah Alam, baru-baru ini.


IG

Pada GMWA2022 itu, Meerqeen meraih trofi Video Trending Tergempak menerusi #SwipeChallenge manakala drama Melur Untuk Firdaus gandingannya bersama Anna Jobling meraih trofi kategori Drama Trending Tergempak.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 2-3-2023 07:42 AM
Baiki dulu mutu lakonan tu.. rupa dah ada
Quote rbmy 2-3-2023 09:41 AM
alaa bagitau je la tak snggup jauh.. lagipun lakonan kureng. harap firdaus utk melur je laaaaa
Quote Kancilkering 6-3-2023 12:36 AM
nasib baik muka hensem
Quote cmf_premierleag 6-3-2023 12:38 AM
Citer bodoh mcm ni pun bleh masuk season 2?? Jijikkkkk
Dah le ada anna TERpaling busuk hati
Quote rayna_raynes 6-3-2023 12:47 AM
agak bodoh keputusan tu. masa tengah panas ni la kau kena sauk semua tawaran kat indo dik. bayaran diorang lg asyuk dari di malaysia kalau tak takdelah influencer umur 20 boleh beli rumah 2 juta bayar cash dalam masa setahun je
Quote CurangLagi 6-3-2023 12:48 AM
Iye ke tolak...hihihiiii
Quote EriaDoritis 6-3-2023 01:14 AM
Masuk sana nanti berlakon betul2.
Jangan sibuk semua pipi ko nak cium
Quote dudaberhias 6-3-2023 01:24 AM
kalau ada rezeki berlakon la di sana... sana market dia luas gitteww...

jangan la kutuk mereka berdua! nanti ulang alik kaka kena tengok kelindan lori dan pembantu kedai runcit jah kat TV tu korang taktau hokkeh betapa sedihnya bayar bulan2 mahal2 hujung2 kena kalih ke channel animal planet sebab binatang lagi berair dari tengok pelakon2 kat TV tu...

kayu2 tu boleh di asah, macam kdrama tu pun berderet dan bertimbun pelakon kekayuan taraf tiang rumah, kayu jati segala benda keras... tapi ramai jah tengok sebab herlok...

kita ada dua pilihan je sekarang ni... pelakon kayu tapi herlok atau perlakon kayu tapi muka hauk... pilih lah option pertama...
Quote insyi81 6-3-2023 01:48 AM
Takpelah meerqeen settle kan satu2..pernah tgok live Michael ang.. meerqeen plg susah sekali nk dpt skrg..untunglah tgh laku
Quote dekmieDandy 6-3-2023 02:37 PM
kalau offer sinetron je, baik tak yah kot

Quote eely_shana 10-3-2023 10:25 PM
Tawaran filem ke sinetron?
Quote Cintakapuri 10-3-2023 10:45 PM
dekmieDandy replied at 6-3-2023 06:37 AM
kalau offer sinetron je, baik tak yah kot

Sinetron tu agak ''gila'' ya bayaran pelakon tu. Lagi2 stripping and drama hot, fyuhh. Belek2....11k/episode. Kl film tu mmg okeylah utk image classy, reza rahardian boleh sauk 290k/movie
Quote heythere123 10-3-2023 11:11 PM
cmf_premierleag replied at 6-3-2023 12:38 AM
Citer bodoh mcm ni pun bleh masuk season 2?? Jijikkkkk
Dah le ada anna TERpaling busuk hati

kaka get ready subscribe Viu ye, anak ikan kesayangan kaka ada drama dekat situ nanti
Quote heythere123 10-3-2023 11:12 PM
dudaberhias replied at 6-3-2023 01:24 AM
kalau ada rezeki berlakon la di sana... sana market dia luas gitteww...

jangan la kutuk mereka berd ...

visual always win gittew untuk kakadud

Quote cmf_premierleag 11-3-2023 09:25 PM
heythere123 replied at 10-3-2023 11:11 PM
kaka get ready subscribe Viu ye, anak ikan kesayangan kaka ada drama dekat situ nanti

Hopkozzz kono standby nih
Quote sleepandream 11-3-2023 10:33 PM
anna jobling ni sebenarnye status apa... anak dara ke janda?
Quote insyi81 12-3-2023 02:58 PM
sleepandream replied at 11-3-2023 10:33 PM
anna jobling ni sebenarnye status apa... anak dara ke janda?

belum khwin, bru 23 tahun ni
Quote nordin84 12-3-2023 04:49 PM
perlu ke season 2 cite telur utk firdaus ni? jgn jd mcm cite syukri yahya dgn siti saliha tu.. mengarut to the max da
Quote diamondhoney 12-3-2023 10:29 PM
Edited by diamondhoney at 12-3-2023 10:30 PM

Iols nak heols jadi pelakon Malaysia yg femes kat luar..tak semestinya kena berlakon kat luar bole gitu.. Ala macam pelakon ngetop thai BRIGHT tu.. Plakon thai yg femes kat luar thai

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.227140 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top