|
Hantaran Instagram isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an ND Lala pagi ini menulis perkataan yang mempunyai maksud mendalam. "Jika sekiranya DIAM itu bijak. LAKUKANLAH. "Tapi ketika BIJAK itu di injak BICARALAH," luahnya diikuti dengan tanda pagar #Allahtaktidur dan #alhamdulillahforeverything. Status Fauziah Sarman itu sekali gus mencetuskan spekulasi sama ada ayat terbabit ditujukan kepada pihak lain ataupun sekadar untuk mengingatkan dirinya sendiri. Namun, tinjauan di ruangan komen mendapati ada pengikutnya menganggap ayat ditulis itu mengandungi maksud yang tersirat disebaliknya.
Tidak kurang ada juga yang mendoakan agar rumah tangga pasangan ini kekal bahagia. Semalam, cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala yang didakwa berpoligami tidak berjaya apabila dia tidak memberi sebarang balasan. Manakala, percubaan untuk mendapatkan komen Shila menerusi pembantu peribadinya dikenali Aini tidak berjaya dengan alasan Shila sibuk membuat persediaan konsert solonya di Plenary KLCC pada Sabtu ini. Isnin lalu, media melaporkan penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia dengan isteri barunya yang masih jauh lebih muda Sumber: Harian Metro
|
LadyCarefree replied at 1-3-2023 09:55 PM
Dah tua2 pun gigih selfie filter berlapis2 dengan kapsyen mengundang
Nizleen86 replied at 1-3-2023 11:19 PM
Lawo jugak mak xila ni.
Muda la utk anak sulung pun dah pertengahan 30's siap ada hanak ikan berbrac ...
lasagna: tp ni bkn mak kandung xilalat pun.. mak kandung dia meninggal dah.kebetulan muka mak skrg ni ada iras2 xilalat juga.. aaagitteww.
lasagna replied at 2-3-2023 09:15 AM
tp ni bkn mak kandung xilalat pun.. mak kandung dia meninggal dah.
kebetulan muka mak skrg ni ada i ...
lasagna replied at 2-3-2023 09:15 AM
tp ni bkn mak kandung xilalat pun.. mak kandung dia meninggal dah.
kebetulan muka mak skrg ni ada i ...

lasagna replied at 2-3-2023 09:15 AM
tp ni bkn mak kandung xilalat pun.. mak kandung dia meninggal dah.
kebetulan muka mak skrg ni ada i ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.350299 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.